TOK TANG MENGENTANG Si Cantik, Curi Buku?

  • Post category:Santai
Kongsikan Bersama

*Oleh: TokTang:)

Assalamualaikum cucu TokTang semua. Sihat ke hari ni? TokTang pun sihat. Hari ni TokTang rasa cergas sikit lepas berurut dengan kerusi urut di satu kedai dobi. Sedap berurut sampai TokTang terlupa kena ambil cucu TokTang kat universiti di KL. Dia ajak TokTang iftor bersama, tapi TokTang bayar. Nasib la cucu kesayangan. Tok sampai lepas zohor, tiba-tiba dia kata ada meeting sejam setengah pulak dengan lecturer untuk projek akhir tahun. Mujur dia dapat atuk dari Malaysia, kalau atuk Jepun mungkin tak mengaku cucu sebab tak tepati masa.

Sambil menunggu, TokTang pun tengok ada student lain nak ke library u tu. TokTang tumpang sekaki berjalan feeling like professor melangkah ke tingkat 1 library tu. Nak menapak ke rak buku rasa jauh. Makanya, TokTang ambil satu buku yang berlonggok kat trolley yang dipulangkan student. Sempat la baca description buku sebab buku ilustrasi. Sambil belek-belek buku, TokTang perasan dengan salah seorang student perempuan ni. Penampilannya nampak macam tengah ikut arus fesyen moden Korea. Seluar besar bawah warna zebra tu. Kalau TokTang umur 25 mesti dia senyum kat TokTang ajak iftor. Ada yang pelik pada langkah berjalan student ayu berseluar zebra ni. Dia nampak macam mundar-mandir tapi berwajah serius. Ada dekat 3 atau 4 kali jugak TokTang perhatikan dia berkelakuan macam tu, selang beberapa jarak dari depan meja duduk TokTang. Tiba-tiba dia ambil keputusan keluar dari tingkat tu…

Tapi sesuatu berlaku pada dia. Jeng-jeng-jeng… Palang pengimbas warna putih yang tercacak sebelum pintu keluar tu membunyikan bunyi yang kuat, tennet!! tennet!! tennet!!. Dia dengan wajah merah padam buat pusingan U, jalan terkedek, dan 2 buah buku yang berselindung di sebalik tudung (bawal atau siakap TokTang tak pasti, tapi dia masih ayu) Si Cantik terjatuh atas lantai…Si Cantik freeze, sebab ada pengawas library usha cubaan Si Cantik menyeludup buku. Nasihat Tok kepada cucu-cucu TokTang lain mak lain bapak, jangan le buat fi’il itu lagi. Kesian nanti kawan-kawan lain nak pinjam buku, tapi bukunya diseludup. Dosa tau..Mujur la palang pengimbas hidup, tahniah library u tu. Ingat cu, kalau dapat biasiswa ke, ptpt on ke, duit raya ke, belilah buku dulu berbanding upgrade pakaian fesyen memanjang atau handphone canggih-canggih ni. Kepada Si Cantik, TokTang tahu kamu sedang baca nasihat TokTang ni, jangan seludup buku tau, seludup hati Tok takpe.


Kongsikan Bersama