*Oleh: Birru Aidan:)
Selepas mencapai kemerdekaan, pemimpin tempatan di Asia Tenggara menghadapi cabaran membangunkan negara masing-masing. Malaysia dan Indonesia sinonim sebagai negara yang memiliki populasi ramai penduduk Muslim. Oleh yang demikian, kedudukan agama khususnya Islam dalam pemerintahan dianggap penting bagi masyarakat Muslim kedua-dua buah negara (terutama masyarakat tempatan yang menerima pengaruh asas pendidikan Islam dalam negara atau Timur Tengah).
Kesan persamaan pendirian Sukarno dan Tunku Abdul Rahman dilabel oleh kebanyakan sarjana bahawa pemerintahan mereka cenderung kepada penerapan nilai sekular. Namun, faktor keputusan pendirian kedua-dua tokoh berkenaan juga tidak boleh diabaikan. Ini kerana keputusan mereka turut mengambil kira faktor populasi masyarakat berbilang kaum atau agama. Selain itu, reaksi sebahagian golongan Muslim konservatif yang cenderung membincangkan isu bidaah serta kurang terbuka menerima perkembangan pemodenan juga mendorong keputusan kedua-dua pemimpin tersebut mengasingkan agama daripada urusan pemerintahan negara.
Deliar Noer. 1988. “Contemporary Political of Islam”. Dlm. Islam in Southeast Asia. Hooker, M.B (ed). Leiden: E.J Brill. hlm 183-215.
Kahin, A.R. 2012. Islam, Nationalism and Democracy: A Political Biography of Mohammad Natsir. Singapore: NUS Press.
Means, G.P. 2009. Political Islam in Southeast Asia. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre.