*Oleh: Ezafel Hakimi:)
Pengaruh China di Asia Tenggara pada abad ke-15 dapat disaksikan melalui hubungan kerajaan China dengan kerajaan-kerajaan yang wujud di Asia Tenggara berdasarkan perkembangan yang berlaku pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Keselamatan dan kesejahteraan empayar Kesultanan Melayu Melaka pada ketika itu diancam oleh kerajaan Siam. Oleh itu, Raja Melaka iaitu Parameswara mengambil peluang keemasan dengan menjalinkan hubungan dengan empayar China setelah utusan dari China iaitu Yin C’ing tiba di Melaka pada tahun 1405. Hal ini berlaku kerana Sultan Melaka beranggapan bahawa China merupakan kuasa yang terkuat di Asia. Tanggapan tersebut menyebabkan empayar Melaka mengambil keputusan tidak menghantar ufti sebanyak 40 tahil kepada Siam sebagai simbol ketuanan Siam ke atas Melaka. Siam seterusnya bertindak memberi amaran untuk menyerang Melaka akibat keengganannya meneruskan ketaatan kepada Siam .
Empayar Majapahit di bawah pemerintahan Hayam Wuruk yang dibantu Perdana Menteri Gadjah Mada telah menghantar utusan persahabatan kepada Maharaja China di Peking sekitar tahun 1370M sehingga 1381M. Setiap “hajat” atau hasrat sesuatu kerajaan Asia Tenggara untuk menjalinkan hubungan dengan empayar China perlu memenuhi tuntutan penghantaran ufti kepada empayar China sebagai syarat perhubungan dengan kuasa besar tersebut. Sejarah telah membuktikan bahawa Dinasti Han (206M-220M) merupakan dinasti paling awal menerima ufti daripada kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara.
Kong Yuanzhi, 2000. Muslim Tionghoa Cheng Ho: Misteri Perjalanan Muhibah di Nusantara. Jakarta: Pustaka Populer Obor.
Sayyid Qudratullah Fatimi. 1963. Islam Comes to Malaysia. Singapore: Malaysian Sociological Research Institute.