Oleh: Hasanah Taib:)
Di peringkat universiti, pelajar-pelajar yang mengambil jurusan Sejarah mesti menghadapi pengalaman diulas pensyarah mengenai bahasa ilmiah. Terdapat pensyarah Sejarah yang komen dengan cara simbol sahaja seperti membulatkan perkataan yang tidak ilmiah. Perkara tersebut semestinya sedikit sebanyak dianggap oleh pelajar sebagai tekanan . Contoh bahasa yang tidak ilmiah menggunakan perkataan “ada” yang sepatutnya ditukar kepada bahasa ilmiah “terdapat”. Malah, bahasa bersifat hiperbola atau metafora juga digunakan sehingga pensyarah hanya mengulas tanda soal dengan saiz fon 72. Contoh bahasa tidak ilmiah yang pernah pensyarah saya tegur dulu termasuklah “mengais”, “menggasak”, “membuka mata”, “bergaduh”. Bahasa bersifat keindahan bunga-bungaan turut dikritik seperti “memunculkan satu sinar harapan” (mungkin terjebak dengan unsur lagu Sheila Majid).
Tapi jangan ambil hati, saya merasakan tindakan tersebut bertujuan mendidik pelajar-pelajar jurusan Sejarah supaya sedar, bahasa ilmiah Sejarah sifatnya terus kepada pemahaman pembaca, tanpa ada simpang siur yang akhirnya memberi tekanan pula kepada pembaca. Berikut disenaraikan beberapa contoh bahasa ilmiah Sejarah dalam bentuk perkataan mahupun ayat yang boleh dijadikan panduan:
1. Mendasari
2. Lazimnya
3. Menafsirkan
4. Berkenaan
5. Memperlihatkan
6. Berkait rapat
7. Mempunyai kaitan
8. Kajian berhubung…
9. Signifikan
10. Lebih peka
11. Menghadapi kesukaran
12. Ia selari/selaras
13. Menyalahi etika
14. Berasaskan kepada…
15. Mengalami perubahan
16. Secara umumnya
17. …yang melambangkan…
18. Memperbaiki
19. Pendedahan
20. Berhubung
21. Berlangsung pada
22. Penularan/pendedahan
23. Pengadaptasian
24. Diketengahkan
25. Satu manifestasi
26. …anjuran…
27. Ekoran
28. Bersesuaian
29. Pemantapan
30. Pendekatan yang diambil mengalami perubahan…
31. Memperlihatkan/menjelaskan/menunjukkan bahawa…
32. Menghadapi tekanan
33. Menggambarkan bahawa
34. Selain itu/ Tambahan pula/Malah/ Di samping itu
Pingback: Bahasa Ilmiah Sejarah-Bahagian II – TahuTuai
Pingback: Bahasa Ilmiah Sejarah-Bahagian III – TahuTuai