*Oleh:
Birru Aidan:)
Ibu
Zain merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam arena pendidikan Malaysia. Ibu
Zain digambarkan oleh tokoh wanita lain seperti Aishah Ghani sebagai seorang yang
peramah dan penyayang. Ibu Zain juga seorang yang sensitif, dan kadangkala
mudah beremosi berkaitan sesuatu perkara. Antara keunikan Ibu Zain, apabila
beliau bersyarah beliau akan berpantun, bersyair, dan menyanyi. Hal itu menjadi
tarikan kepada sesiapa sahaja yang mendengar ucapan beliau.
Kebajikan
beliau terserlah menerusi bidang pendidikan. Beliau sering kali mengambil berat
mengenai keperluan wanita untuk menimba ilmu pengetahuan. Permulaan penglibatan
wanita dalam penulisan sastera dikesan menerusi majalah wanita, Bulan Melayu
yang diterbitkan pada tahun 1930 oleh Ibu Zain.
Penulisan
atau karya Ibu Zain pada umumnya adalah berkisar kepada kewajipan dan peranan
wanita Melayu dalam kehidupan. Perkara yang menjadi perhatian beliau sepanjang
perjuangan pendidikan termasuklah keperluan wanita memperdalami ilmu moden,
nilai dan had keagamaan, serta kebajikan politik menerusi semangat cintakan
tanah air.
Hasil
penulisan Ibu Zain banyak mempengaruhi perkembangan gerakan kaum Ibu ketika
zamannya. Peranan beliau yang luas terhadap bangsa dan tanah air menyebabkan
beliau dipilih sebagai subjek kepada slot tokoh dalam TahuTuai. Oleh itu
aspek yang akan disentuh sepanjang penulisan artikel ini ialah latar belakang
Ibu Zain, pendidikan dan sumbangannya, cabaran kehidupan, serta anugerah yang
diperoleh sepanjang perjalanan kehidupan beliau.
Cheris
Kramarae & Dale Spender. 2000. Routledge International Encyclopedia of
Women: Global Women’s Issues and Knowledge. New York: Routledge.
Dupa
Sejarah Penulisan Wanita Masa Lampau. 1992.
Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.
Dokumentari
Khas Jasamu di Kenang- Ibu Zain. V. 18/88.