*Oleh: Hasanah Taib:)
Pandangan…
Pandangan itu perspektif
Boleh jadi subjektif atau melengkapkan objektif
Malaysia kini memandang Rohingya..
dengan pengalaman semasa
dengan jangkaan kedaulatan negara
dengan fakta sejarah silamnya
Pengalaman semasa lahirkan pandangan..
Sebahagian Rohingya tidak beradab
Makan sireh ludah merata
Kilang beras dibina keluarga…
Belakang dapur, masih meminta..
Golongan risau kedaulatan negara, kini menjangka…
Bibit strata dibina Rohingya,
Tular menuntut kelebihan warga,
Sebab katanya, ada yang jadi tauke borong, kaya raya..
Ilmuan seru menjengah sejarah
Betul, Rohingya dijarah di tempat asalnya,
Dirogol, dibantai, dibunuh, dikhianati janji merdekanya,
dirombak sejarah agar lenyap etniknya
Meski warga bebas berpandangan,
Semua miliki satu persamaan,
“Kemanusiaan ada batasnya”,
Namun, jangan sampai ia “tiada”…
Moga Tuhan di bulan mulia…
Menyelamatkan manusia berhati murni
Dari segala wabak penyakit…
Coronavirus dan manusia niat jahatkan bumi.