Pemerintahan Langsung dan Tak langsung British Malaya

  • Post category:Pendidikan
Kongsikan Bersama

Oleh: Hasanah Taib:)

Perkara asas untuk memahami sejarah Malaysia zaman pemerintahan kolonial adalah bentuk pemerintahannya. Golongan sejarawan bersetuju pemerintahan British di Malaya terbahagi kepada dua bentuk; iaitu pemerintahan secara langsung (direct rule) dan pemerintahan secara tidak langsung (indirect rule).

Pemerintahan secara langsung oleh British tertumpu kepada negeri-negeri Selat (NNS @ Straits Settlement). Tiga buah negeri yang diisytiharkan sebagai NNS pada 1826 ialah Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura. Mengapa NNS dianggap pemerintahan secara langsung? Ia disebabkan NNS tidak memiliki Sultan (ekoran perjanjian Stamford Raffles dengan Francis Light bagi menghentikan hak Sultan di NNS). Ini membolehkan British bertindak bebas memerintah NNS sehingga mengakuinya sebagai Tanah Jajahan Mahkota (Crown Colony). Pemerintahannya diketuai oleh Gabenor British.

Sebaliknya, pemerintahan tidak langsung British berlaku di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB). NNMB terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. NNMB diisytihar keseragaman pentadbirannya pada tahun 1896. Pemerintahan tidak langsung British di NNMB adalah kerana NNMB masih mempunyai Sultan atau Raja yang berdaulat. Jadi, British tidak boleh bertindak bebas memerintah sepertimana NNS. Walaupun peranan Sultan hanya meliputi soal agama dan adat istiadat, kedudukan Sultan sebagai ketua negeri diakui British. Pegawai British yang dikenali sebagai Residen sejak 1874 bertindak menasihati Sultan dalam pentadbiran dan menguruskan hal berkaitan dasar kewangan negeri.

Di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu/NNMTB (4 Utara/NNMU: Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis; 1 Selatan: Johor), bentuk pemerintahan British juga adalah secara tidak langsung. Pegawai yang dilantik menasihat Sultan di NNMU dan Johor dikenali sebagai Penasihat (adviser). Skop Penasihat NNMTB dikatakan tidak meluas berbanding Residen.

Pada perspektif sarjana seperti Khoo Kay Kim, British merupakan perkerja kepada Sultan. Ini disebabkan British bekerja di negeri Sultan dan dibayar gaji melalui perkhidmatannya. Tugas Residen atau Penasihat yang menasihati Sultan menurut Nicholas Tarling lebih mitos berbanding realiti. Ini kerana, dalam kebanyakan keadaan pegawai mereka ini yang bertindak memutuskan keputusan pentadbirian, sehingga mengabaikan mesyuarat bicara dan Majlis Negeri.


Kongsikan Bersama