*Oleh: Birru Aidan:)
Dekad 1910-an merupakan tempoh kegemilangan bagi Sarekat Islam sebagai sebuah pertubuhan nasionalisme di Indonesia. Ini kerana ia memiliki hampir 2.5 juta ahli. Sebelum tahun 1914, Sarekat Islam dilihat memberi kelonggaran terhadap syarat keahliannya. Ketika itu, mana-mana ahli Sarekat Islam yang ingin menyertai parti nasionalis lain di Indonesia adalah dibenarkan. Keadaan ini berubah pada era 1920-an apabila ramai ahli radikal dalam Sarekat Islam bertindak meletak jawatan dan menubuhkan Parti Komunis Indonesia. Pada tahun 1921 misalnya, pemimpin Sarekat Islam bertindak menyingkirkan anggotanya yang terlibat sebagai ahli komunis seperti Semaun dan Alimin. Ini kerana pemimpin tertinggi Sarekat Islam dalam kalangan reformis dan tradisionalis lebih mementingkan matlamat kemajuan melalui gabungan pengetahuan Barat dan Islam, berbanding tumpuan perjuangan ahli komunis yang menentang kapitalis serta mempertahankan hak buruh.
Kahin, A.R. 2012. Islam Nationalism and Democracy: A Political Biography of Mohammad Natsir. Singapore: NUS Press.
Arif Rahim. 2020. Sarekat Islam: Gerakan Islam Modernis atau Tradisional?. Jurnal Ilmiah Dikdaya. Vol 10 (1): hlm 119-125.