Sejarah Arkeologi di Malaysia; Zaman Kolonial dan Zaman Penubuhan Muzium

Kongsikan Bersama

*Oleh: Jacqueline Salomi:)

Sejarah perkembangan arkeologi di Malaysia boleh dibahagikan kepada empat fasa iaitu zaman kolonial, zaman penubuhan muzium, zaman selepas Perang Dunia Kedua dan zaman era moden. Pada zaman kolonial iaitu pada tahun 1863, W. G. Earl melaporkan jumpaan timbunan sisa cangkerang di Seberang Perai dan ini diikuti oleh jumpaan tidak sengaja di gua-gua Perak yang dilaporkan oleh Wray pada tahun 1897, 1905, dan Hale pada tahun 1885-1988 dan gua-gua Pahang oleh Swan pada tahun 1904.

Photo via: dlan6658.blogspot.com
Semasa Tanah Melayu berada di bawah pemerintahan British, kebanyakan individu yang terlibat dalam kegiatan cari gali sisa tinggalan zaman pra sejarah adalah pegawai British yang dikenali sebagai purbanisme dan bukannya sebagai ahli arkeologi. Hal ini kerana pada awalnya bidang arkeologi tidak berkembang lagi dan mereka hanya sekadar mengumpul barang-barang lama. Sebagai contohnnya, James Low di Lembah Bujang (Seberang Perai), C. W. Wreight di Sabah dan sebagainya.

Seterusnya, pada zaman penubuhan muzium di akhir abad 19 dan awal abad 20, bidang arkeologi berkembang pesat disebabkan ramai individu menanamkan minat terhadap koleksi muzium itu sendiri. Muzium yang terawal ditubuhkan adalah di negeri Perak yang digabungkan dengan muzium di Selangor. Ia dikenali sebagai Federated Malay States Museum pada tahun 1883, manakala pada tahun 1887, Muzium Raffles ditubuhkan di Singapura. Kebanyakan pegawai British yang melakukan kajian tentang muzium adalah bukan ahli arkeologi terlatih malah mereka tidak boleh menggunakan kaedah arkeologi dengan sempurna. Hal ini kerana pegawai British hanya mencari tapak, menggali dan mengumpul barang prasejarah untuk dipamerkan sebagai koleksi di muzium. Akibatnya, hasil laporan kajian mereka sangat ringkas dan tidak mempunyai data asas arkeologi disebabkan pengalaman mereka hanya sebagai pentadbir dan etnografi sahaja. Keadaan ini menyebabkan ahli arkeologi pada masa kini tidak boleh menggunakan sumber mereka dalam membuat perbandingan kajian berhubung arkeologi.


Zuraina Majid. 1996. “Prasejarah Malaysia: Sudahkah Zaman Gelap Menjadi Cerah?”. Siri Syarahan Pelantikan Profesor 1990. Bil 8. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Zuraina Majid. 2008. Arkeologi di Malaysia. Pulau Pinang: Centre for Archeological Reserach Malaysia, USM.


Kongsikan Bersama