##Elon Musk Untung 16 billion dolar- Kemenangan Trump
-Saham Elon Musk sebagai individu paling kaya di dunia naik $16 billion dolar selepas membantu kemenangan Trump dalam pilihnaraya umum Amerika Syarikat. Musk membantu kempen pilihan raya Trump dengan membelanjakan $120 juta dolar serta menggunakan paltform media sosialnya iaitu X (twitter).
##Israel Terus Sekat Penduduk Gaza Pulang ke Rumah Mereka
-Tentera Israel menyatakan rakyat Palestin dari Utara Gaza tidak dibenarkan untuk kembali ke rumah mereka. Ia jelas menggambarkan tindakan Israel untuk melakukan pembersihan etnik di kawasan tersebut. Pegawai tentera Israel memaklumkan sebarang bantuan kepada Gaza hanya dibenarkan melalui kawasan selatan bukan utara Gaza. Ia selaras dengan kenyataan pegawai tersebut bahawa “tiada lagi orang awam yang tinggal”
-Jurucakap UNRWA Louise Wateridge yang memuatnaik video di Utara Gaza menyatakan “tak kira dari mana arah anda masuk, rumah, hospital, sekolah, apartmen, masjid dan restoren semua telah diratakan dengan semupurna…”
##Pakatan Pemeritahan Jerman Tumbang
– Keadaan tersebut terjadi selepas Canselor Olaf Schultz memcat Menteri Kewangan berikutkan kegagalan dialog antara tiga parti pemerintah. Shultz menyatakan beliau akan kekal di pejabat tetapi akan memanggil sidang undi percaya pada 15 Januari 2025 yang bakal membawa kepada pilihnaraya akhir Mac 2025
– Democracy Now! Top U.S. & World Headlines — November 7, 2024
https://www.youtube.com/watch?v=_zVsyyGiKpE
—————————————————————————
##TRump Pilih Susie Wiles sebagai Ketua Kakitangan White House
– Susie Wiles merupakan seorang dari dua pengurus kempen Trump. Pengumuman tersebeut dibuat Trump kerana Susie membntu kemenangan parti Republikan dalam pilihanraya.
– Menurut Trump “Susie is tough, smart, innovative, and is universally admired and respected,”. Jawatan Ketua Kakitangan White House memiliki pengaruh yang luas antaranya mengurus kakitangan White House, mengurus jadual presiden perhubungan dengan jabatan kera4j4aan dan ahli senat.
– Steve Holland and Alexandra Ulmer. Reuters 8 Disember 2024. https://www.reuters.com/world/us/trump-allies-push-susie-wiles-be-chief-staff-2024-11-07/
—————————————————————————
##Hakim Membatalkan Program Pentadbiran Biden yang Melindungi Pasangan Pendatang daripada Pengusiran
– Hakim Persekutuan membatalkan polisi pentadbiran Biden yang bertujuan memudahkan proses kewarganegarann untuk sebahagian golongan imigran yang berkahwin dengan warga Amerika.
– Program tersebut sebelum ini dipuji sebagai satu usaha meluas Biden membantu keluarga pendatang, membenarkan pasangan yang tidak memiliki dokumen dan anak angkat kepada rakyat Amerika memohon kad hijau.
– Hannha Schoenbaum. AP. 8 November 2024. https://apnews.com/article/biden-immigration-program-blocked-judge-trump-2fcfa19a8d6911f6d8e972c9d105dfd4