Tajuk Tesis/Kajian Sejarah: 4 Perkara yang Perlu Ada!

  • Post category:Pendidikan
Kongsikan Bersama

*Oleh: Hasanah Taib:)

Pelajar-pelajar universiti yang mengambil jurusan Sejarah kebiasaannya akan berjuang untuk menyiapkan projek akhir tahun atau latihan ilmiah masing-masing. Pengalaman tersebut memudahkan mereka untuk menyambung pengajian lebih tinggi seperti peringkat sarjana atau Phd untuk menyempurnakan tesis pula. Berikut merupakan 4 perkara yang perlu ditekankan dalam sesuatu tajuk tesis sejarah :

a) Apa isu/perkara utama yang dikaji-Fungsional
b) Subjek kajian-Biografikal
c)Tempoh/tahun/period kajian-Kronologikal
d ) Tempat kajian-Geografikal

Photo by: ropaku.com (ed)

Contoh tajuk yang memiliki 4 syarat tersebut;
Sumbangan Datuk Jaafar Muhammad di Johor, 1880-1900.

Jadi? Sumbangan-fungsional; Datuk Jaafar Bin Muhammad- Subjek/tokoh Kajian; 1800-1900 adalah Kronlogikal; Johor- Geografikal

Namun tidak semestinya semua tajuk kajian wajib ada 4 perkara tersebut. Ini kerana sekiranya seseorang pengkaji menjalankan kajian berkaitan sejarah sesuatu tempat, sudah tentu subjek yang dikaji itu sendiri adalah tempat itu sendiri. Dalam erti kata lain, subjek yang dikaji= tempat kajian.

Contoh; Perkembangan Pekan Bangi 1940-1960
Jadi? Perkembangan adalah fungsional; Pekan Bangi=Subjek Kajian merangkap tempat kajian; 1940-1960 adalah tempoh kajian=kronologikal.

Photo by: twitter.com (ed)

Ada juga tajuk yang tidak memaparkan fungsional. Namun begitu, daripada tajuk sahaja ia sudah memadai dalam memberi gambaran bahawa isu kajian akan menjurus kepada sejarah, perkembangan atau perubahan yang berlangsung sepanjang tempoh kajian.

Contoh; Pendidikan Inggeris di Selangor, 1920-1950

Jadi? Pendidikan Inggeris –Subjek/Biografikal Kajian (Sebab? Subjek kajian bukan masyarakat Inggeris tetapi pendidikan Inggeris itu sendiri); Selangor-Geografikal; 1920-1950- Tempoh Kajian.

Lain-lain tajuk yang berkaitan dengan kajian sejarah ialah seperti berikut:

1) Sosioekonomi Masyarakat Daerah Muar, 1930-1940

2) Pentadbiran British di Perak, 1874-1880-an

3) Perkembangan Adat Pepatih di Naning, 1880-1920

4) Perubahan Dasar Kurikulum Kebangsaan di Malaysia, 1970-1990

5) Revolusi Perindustrian di Malaysia, 1990-2000


Kongsikan Bersama