*Oleh: Jariah Sukimin:)
Asas perkembangan feudalisme di England dikesan selepas penguasaan golongan Norman pimpinan William the Conquerer (asalnya mereka adalah puak Viking dari utara Perancis) terhadap England tahun 1066. Idea feudalisme England dipengaruhi daripada Perancis berasaskan kepada asimilasi penduduk England dengan golongan Norman dari segi tradisi bahasa atau persamaan dari aspek etnik.
Terdapat beberapa keseragaman ciri feudalisme di England dari abad ke 9 hingga abad ke 14. Pertama, feudalisme di England membentuk lapisan masyarakat antara golongan atasan (raja, duke, earl, baron, knight) dan bawahan (serf/petani, hamba). Pembentukan lapisan masyarakat tersebut terhasil lanjutan pemilikan raja atau bangsawan terhadap harta fizikal iaitu tanah. Tanah dalam bentuk kebun atau estet (fief) yang dimiliki bangsawan diusahakan menerusi kegiatan perbudakan atau serfdom oleh golongan petani bagi memaparkan kesempurnaan sistem feudal itu sendiri.
Knight juga berperanan memberi perlindungan kepada paderi atasan seperti Bishop. Ia selaras dengan perkembangan pada tahun 1116 apabila tanah yang dimiliki oleh Bishop diisytiharkan sebagai tanah milik gereja. Gereja-geraja yang berpengaruh kebiasaannya dikawal atau dipimpin oleh tenant in chief (vassal yang mendapat tanah secara langsung daripada raja atau kerabatnya). Pada abad 17 terdapat undang-undang feudal di England bagi menjelaskan hak atau keabsahan raja terhadap golongan yang mengaku berperanan sebagai tenant in chief. Undang-undang tersebut adalah sebagai cubaan memperkukuhkan feudalisme di England menerusi perluasan kuasa kuat dari kerajaan pusat England. Ia berikutan perkembangan abad 17 di England menyaksikan pengaruh fahaman protestan menular dalam kalangan paderi dan penduduk England bagi menafikan autoriti raja England yang cenderung kepada aliran katolik.
George Burton Adams. 1901. Anglo Saxon Feudalism. The American Historical Review. Vol. 7, Issue 1. 11-35.
Susan Reynolds. 1994. Fief and Vassals, The Medieval Evidence Reinterpreted. New York: Oxford University Press.
William A. Pelz. 2016. A People’s History of Modern Europe. London: Pluto Press.