Tentera Model Baru Pimpinan Cromwell

  • Post category:Politik
Kongsikan Bersama

*Oleh: Jariah Sukimin:)

Perjuangan penduduk England menggulingkan pemerintahan raja mereka yang membelakangkan parlimen serta hak penduduknya dibuktikan menerusi Revolusi England yang berlaku tahun 1640-an. Revolusi tersebut memaparkan kemenangan tentera England dari proksi parlimen pimpinan Oliver Cromwell pada 14 Jun 1645 mengalahkan tentera diraja dibawah pimpinan Raja Charles I di Naseby.

Photo by: vzok@youtube .com (ed)
Kemenangan tentera parlimen atau dikenali New Model Army pimpinan Cromwell didorong oleh faktor keupayaan yang dimiliki oleh mereka. Ini kerana tentera parlimen dilihat lebih berinovasi dengan menerapkan teknik pengetahuan baharu dalam sistem ketenteraan Eropah. Sunguhpun demikian, pada tahun 1646 memperlihatkan konflik berlaku dalam kalangan tentera parlimen atau New Model Army. Ia ekoran mereka tidak menerima bayaran atau gaji berdasarkan perkhidmatan yang dberikan mereka kepada parlimen semasa menewaskan tentera diraja.
Hasil tanaman secara keseluruhannya pada tahun 1646 hingga 1647 kurang memberangangkan di England. Keadaan tersebut menjadi punca parlimen kurang memiliki peruntukan untuk mmebiayai perkhidmatan tentera anjuran mereka. Pelaksanaan cukai yang tinggi terhadap penduduk England lanjutan situasi buruk ekonomi menyebabkan penduduk umumnya (yang menganuti aliran Protestan Presbyterian) menyalahkan tentera parlimen di kawasan seliaan mereka. Perkembangan ini seterusnya membangkitkan gerakan radikal dalam kalangan tentera parlimen. Ia ekoran pada Februari 1647 parlimen mengambil keputusan mengurangkan tenteranya serta melakukan penstrukturan baharu dalam ketenteraan. Pembaharuan tersebut dianggap tidak memberi manfaat oleh tentera parlimen berikutan terdapat anggota tentera yang masih belum menerima tunggakan bayaran perkhidmatan mereka serta dibubarkan daripada perkhidmatan. Justeru, tentera parlimen berpandangan mereka seolah-olah dipergunakan oleh parlimen menerusi perkhidmatan yang diberikan. Pada awal Jun 1647 misalnya, golongan radikal tentera parlimen bertindak menculik dan menawan Raja Charles I di Holdenby House sehingga menimbulkan kebimbangan dan tekanan kepada pihak parlimen yang lebih cenderung mengamalkan pendekatan moderate berbanding radikal terhadap raja mereka yang tidak disenangi rakyat.
Photo by: nationalarmymuseum; via-collection.nam.ac.uk
Cromwell berhasil mengawal pengaruh tentera parlimen dengan menyekat idea-idea yang dianggap radikal atau berbeza dengan pihak parlimen. Ini kerana, selain tuntutan pembayaran perkhidmatan ketenteraan, gologan radikal dalam tentera parlimen yang turut menuntut kesemarataan dalam masyarakat (radikal leveller) dan menunut penghapusan serta penyebaran harta kepada masyarakat England (radikal digger). Desakan, tuntutuan serta tindakan radikal tentera parlimen mendorong pihak parlimen melabel tentera tersebut sebagai musuh kepada negara. Cromwell pula berhasil menangani golongan tentera parlimen yang radikal ini dengan menahan mereka ke dalam penjara selepas tahun 1649. Antara faktor kegagalan golongan radikal dalam tentera parlimen memperluaskan gerakan mereka ialah kewibawaan Cromwell khususnya dalam meraih sokongan tentera parlimen lain meneruskan penentangan terhadap penduduk Ireland beraliran Katholik; serta kelemahan kepimpinan golongan radikal sendiri dalam mengurus strategi atau pendekatan radikal mereka.

William A. Pelz. 2016. A People’s History of Modern Europe. London: Pluto Press.

Martyn Bennet (ed). 2013. The English Civil War 1640-1649. New York: Routledge.

Martyn Bennet. 2017. Cromwell at War: The Lord General and His Military Revolution. London & New York: I.B Tauris.


Kongsikan Bersama