TOK TANG MENGENTANG; 1 Juta Rakyat Selangor Tak Tunai Zakat @ Tunai Zakat Direct/Terus ke Asnaf???

  • Post category:Santai
Kongsikan Bersama

*Oleh: Tok Tang:)

20 Disember yang lepas TokTang terkesan dengan khutbah yang disampaikan Khatib Jumaat di Masjid Shah Alam. Mana taknya, tajuk khutbah tu Tok rase sangat penting untuk pedoman anak dan cucu TokTang, iaitu pasal zakat.

Bila khatib (Imam Jumaat) ingatkan jemaah, harta dan kekayaan kita sebenarnya ujian daripada Allah memang tersentuh jiwa Tok. Lebih menusuk dan menikam kalbu TokTang bila khatib dedahkan statistik pembayar zakat di Selangor. 1.5 juta rakyat Selangor layak menunaikan zakat seperti yang disampaikan khatib. Tapi, khatib maklumkan lebih kurang 18 peratus sahaja atau 270 ribu sahaja yang menjalankan kewajipan zakat menerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Jadi, Tok buat kira-kira, lebih kurang 1.2 juta rakyat Selangor yang layak mengeluarkan zakat tidak menunaikan kewajipan tersebut di bawah agensi LZS. Tapi, Tok faham kita juga perlu sangka baik atau husnus zon mungkin dalam 1.2 juta tersebut ada antaranya menunaikan zakat secara peribadi iaitu jumpa direct terus dengan asnaf di kampung atau taman perumahan masing-masing. Tapi, tepuk dada tanyalah iman kita (termasuk Tok dan anak cucu Tok)…Selama bertahun-tahun kita kerja dan tuhan bagi rezeki betul ke kita direct terus serahkan zakat kita kepada asnaf. Atau sekadar waktu bulan puasa je.
tahutuai.com
Dalam kes ni, ada saje agamawan atau orang awam sendiri pertikai kredibiliti LZS dengan cakap-cakap LZS sendiri lambat buat kerja untuk urus bantuan asnaf di Selangor. Tok rasa kenyataan kritikan ni serius, dan tentu LZS sendiri ambil maklum tentang aduan yang LAZIM serta BERTERUSAN ini dan cuba MEMPERBAIKINYA setiap tahun. Pada masa sama, masyarakat muslim di Selangor perlu yakin, berdoa dan tawakkal dengan Allah wang yang dizakatkan menerusi LZS insyaAllah memang sampai kepada asnaf. Mana taknye,, larat ke kita nak mencari dan SEMAK LATAR BELAKANG asnaf setiap bulan, kan lebih baik kita serahkan sahaja kepercayaan kepada LZS yang memang mempunyai statistik serta kriteria asnaf yang memohon zakat. Tapi, cucu-cucu tok yang kritik LZS juga kena sedar, dah bayar zakat ke belum??? Kalau dah syukur, kalau belum, baik tunaikan yang wajib iaitu zakat dengan LZS sebelum mengkritik sepanjang masa. Sebab bila kita mati, Tuhan tanya kenapa tak keluarkan zakat? Takkan nak kritik LZS lagi…Jadi TokTang seru keluarga TokTang, anak dan cucu TokTang sama mak sama bapa, lain mak lain bapa, marilah kita tunaikan zakat ye…..
tahutuai.com
Jumlah zakat hanya 2.5 peratus daripada gaji/pendapatan bulanan. Contoh kalau sebulan gaji RM1000, RM 25 WAJIB ZAKAT. RM 975 kita BEBAS BERBELANJA. Kalau yang gaji/pendapatan bulanan RM 100000, RM 2500 WAJIB ZAKAT, tak payah cengkelat terperanjat bagai, sebab kadarnye tetap sama 2.5 PERATUS SAHAJA. Ingat!!!!!Zakat WAJIB; Sedekah SUNAT; Nafkah keluarga WAJIB… ni semua bekalan kita untuk jumpa Tuhan.

Kongsikan Bersama