TOK TANG MENGENTANG; COVID-19 & Sentimen Agama di Malaysia

  • Post category:Santai
Kongsikan Bersama

*Oleh: TokTang:)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera cucu TokTang semua…harapnya sihat-sihat belaka. Al-maklumlah sekarang dunia heboh cakap pasal Covid 19. Mana taknya, setakat ni je yang TokTang dapat tahu hampir 6000 orang seluruh dunia maut disebabkan wabak ni. China terkenal sebagai tempat mula-mula tercetus wabak ni, sebab makan yang bukan-bukan. Itali pula sekarang terkenal macam zaman Black Death dulu jadi negara Eropah paling tinggi kes Covid.

Photo by: www2.deloitte.com (ed)
Malaysia pula sekarang ni gempar dengan Covid bila saling berkait dengan sentimen agama. Sekarang cucu TokTang semua maklum yang persatuan atau kumpulan Tabigh jadi perhatian orang-orang kita sebab dah ada beberapa kes positif covid dalam kalangan ahli Tabligh. Macam-macam yang kita dengar sekarang ye. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seru ahli Tabligh lebih kurang 5000 orang yang pergi ijtimak di Masjid Sri Petaling untuk buat saringan. Alhamdulillah Tok tengok berita-berita sekarang di laman sosial ahli-ahli Tabligh majoritinya akur arahan itu demi kebaikan bersama.
Photo by: hishamabdullah@facebook.com (ed)
Dr Zulkiflli (Menteri Agama) dan agamawan lain pun turut serta seru baki ahli-ahli Tabligh untuk buat saringan. Indah je Tok lihat bahasa seruan menteri ni dengan anggap ahli Tabligh sebagai sahabat untuk menyeru buat saringan. Tapi apa yang tak indah pada TokTang beberapa sentimen agama muncul tentang isu ni. Ada sebahagian masyarakat umum terus hukum seolah-olah kumpulan Tabligh dipersalahkan. Jangan begitu, cucu TokTang semua, kita lihat majoriti ahli Tabligh dah sahut seruan KKM dan Menteri Agama untuk buat saringan. Petang ni je KKM dengan JAKIM Tok dengar dari kawan-kawan katanya buat live meeting guna komputer keluar muka dengan boleh bercakap tu (Maaf le, TokTang tak tahu apa ke nama saintifik teknologinya). KKM dan Ketua Tabligh di Sri Petaling masing-masing setuju supaya ahli Tabligh yang belum buat saringan pergi buat saringan. Mana yang dah buat saringan dengarnya kena kuarantin diri 14 hari. Malah, di Markaz Sri Petaling pelajar-pelajar madrasah Miftahul Ulum dan ustaz-ustaznya setuju dikuarantin dan terus mendoakan kesejahteraan masyarakat Malaysia terhindar wabak. Suka betul Tok tengok cara KKM dengan Ketua Tabligh untuk selesaikan isu ni. Indah pendekatan bersemuka ni…
Photo by: ebitlew@facebook.com (ed)
Tapi bila Ketua Tabligh dah cantik taktikalnya, yang tak indahnya pula bila ada segelinlitir (mungkin seorang dua ahli Tabligh) dengar kata ada yang lari dari klinik bila disaring ada simptom covid,,Haipp jangan lari-lari kesian cucu Tok akak-akak misi yang penat lelah buat saringan. Ada pula segelintir ahli Tabligh (mungkin seorang dua ahli Tabligh) dalam group-group wassapp kawan-kawan Tok kata mereka lancarkan sentimen agama dengan kenyataan “Covid Tak Berkuasa, Allah Berkuasa” semata-mata nak lari dari tanggungjawab saringan. Kawan TokTang kata kenyataan tu juga digunakan yang segelintir tu bila masyarkat Muslim disaran untuk tidak berjemaah ke masijd buat sementara waktu wabak ni…Jangan begitu,,sebab seorang dua ni ni nanti la masyarakat umum akan pandang rendah pada kumpulan Tabligh. Nasihat TokTang pada yang seorang dua ahli tu, ialah semua masyarakat Muslim tahu Allah maha berkuasa. Jadi, seruan saringan jangan dipandang ringan dan ikuti sahaja prosedur KKM dan contohi pendekatan baik yang dibuat oleh Ketua Tabligh. Jadi TokTang harap kita amalkan mana yang indah-indah sahaja-demi kesejahteraan bersama.

Kongsikan Bersama