TOK TANG MENGENTANG; Makanan Tak Cukup-Kenduri Kahwin Cikgu

  • Post category:Santai
Kongsikan Bersama

*Oleh: TokTang:)

Assalamualaikum cucu TokTang semua. Lama tak dengar khabar kan… TokTang tak berapa sihat sebelum ni. Luang masa dengan cucu dekat kampung saje. Cuti sekolah ni ramai le orang kita buat kenduri kahwin. Terutama dalam kalangan cikgu-cikgu muda yang bakal menamatkan zaman bujang. Seronok le tu. Maklumlah, waktu bulan 12 je cikgu-cikgu kita ada ruang masa bersama keluarga dan urus hal-hal kahwin. Mana tak nye, TokTang tahu cikgu-cikgu ni kalau bulan 1 hingga 11 punya lah payah cuti nak lulus walau sehari, bertabahlah cikgu-cikgu ye, pengorbanan tu.

TokTang sebenarnya nak cerita sikit pasal amalan kenduri kahwin ni. Tapi TokTang tumpu pada kenduri kahwin sebahagian cikgu-cikgu atau anak kepada cikgu-cikgu. Sebabnya sebelum ni TokTang perhati agak kerap kenduri kahwin cikgu atau anak cikgu makanannya cepat habis terutama yang guna khidmat catering. Jadi, TokTang mengentang dengan kawan-kawan Tok di warung kopi. Mengentang-ngentang Tok tujuannya untuk bincang kemelut budaya yang dihadapi masyarakat.. TokTang ingat Tok seorang je perhati macam tu, kawan Tok, TokRung pun sama. TokRung kata dia sebelum ni pergi 3 majlis kahwin anak-anak cikgu atau cikgu-cikgu, waktu puncak pukul 12 atau 1 tengah hari lauk dah habis, sedangkan majlis habis pukul 3 atau 4. 

Photo by: johnny tt

Bila jadi macam tu, mata-mata tetamu jemputan macam TokTang dan Tok Rung mula memerhati. Ahli jawatankuasa catering yang awalnya ditugaskan untuk menceduk lauk, lari ke tempat basuh pinggan. Bapa atau mak pengantin lagi simpati kita tengok. Bila dapat tahu lauk habis, segan nak jenguk dulang buffet. Lagi simpati bila bapa atau ibu pengantin berulang kali mohon maaf kepada tetamu. Pernah bapa pengantin yang risau tanya pada Tok dah makan ke, Tok cakap sudah. Tetamu macam Tok ni diajar kesopanan dan kesusilaan, jadi kita perlu jaga air muka kawan kita yang bertungkus lumus urus perkahwinan anaknya. Jamah apa yang ada je, kuih ke, oren sepotong ke, sebab kita nak meraikan walimah yang hukumnya wajib hadir bila dijemput.

Tapi, lain pula cerita Tok Rung, dia pernah nampak ada tetamu yang merungut depan dulang buffet bila kes lauk habis ni. “Hai aku datang punya lah jauh dari bandar, licin lauk, dah lah lapor”, “Kuah lodeh pun tinggal kacang panjang je”, rungut tetamu itu. Alahai tetamu, kita ni orang timur, kena la jaga adab dan mulut kita. Marah macam mana sekalipun, itu adalah pengajaran kepada kita. Kita tak tak tahu apa pula yang jadi pada kenduri anak kita nanti. TokRung cakap, bapa pengantin bila dengar lauk habis, terus pergi cari kedai warung atau restoren berdekatan, bungkus segala lauk yang ada. Simpati Tok dengar cerita TokRung ni. Bapa pengantin yang juga seorang guru ni, gigih untuk pastikan tetamunya dapat menjamu selera. 

Ok, TokTang rasa situiasi ni terjadi masa kenduri kahwin sebahagian cikgu-cikgu atau anak cikgu-cikgu sebab:

1) Budaya rewang lenyap.

Seingat Tok pada sebelum era milinium budaya rewang di kampung-kampung atau taman perumahan sangat meluas. Tapi sekarang budaya tu makin kurang, diganti dengan khidmat catering. TokTang tak menafikan catering memudahkan. Sebabnya, ada perkhidmatan catering yang sangat bagus billa lauk dimasak melebihi permintaan atau jumlah tetamu yang ditetapkan keluarga pengantin.Tetapi ada segelintir perkhidmatan catering yang hanya pentingkan untung, bila lauk yang dimasak dalam kuantiti sedikit atau kuantiti yang menyamai jumlah tetamu yang ditetapkan.  Lauk seperti ayam pula dipotong halus. Kesannya, keluarga pengantin juga malu bila ada mulut-muluit yang bercakap belakang atau direct. Kalau budaya rewang dulu, meriahnya lauk jangan cakap, sebab penanggah sampai boleh bawa lauk balik dengan kerak-kerak nasi, jiran terdekat pun dapat.

 

2) Kekurangan/kelemahan hebahan melalui media sosial

Cikgu-cikgu di kampung atau taman perumahan adalah orang yang sangat dikenali dalam masyarakat. Di luar juga sama termasuklah kenalan-kenalan cikgu yang ramai di aplikasi wassap dan facebook. Kenapa kenalannya ramai? Sebab cikgu-cikgu profesionnya mulia dan orang ramai nak dekati sebab mendidik anak mereka. Bila cikgu-cikgu umum hebahan di wassap atau facebook untuk menjemput perkahwinannya atau anaknya, hebahan tersebut dianggap sah dan umum kepada semua kenalan dalam media sosialnya. Jadi, mungkin bakal pengantin atau bapa pengantin kurang sedar kad kahwin yang diperuntukkan jumlahnya 1000 orang. Kenalan dalam wassap dan facebook pula bila dicampur (yang bukan dalam kad jemputan) 600 orang. Asal 1000 orang tu tak mungkin tepat hadir 1000, sebab ada yang datang dengan isteri, dua isteri serta anak-anak, ditambah pula dengan hebahan umum di media sosial jumlah mungkin hampir 2000. Ini yang menyebabkan makanan tak cukup. Sebelum wujud media sosial ni, Tok ingat lagi, hebahan wajib bapa atau ibu pengantin adalah guna kad sahaja dicampur sekali dengan jemput mulut ke mulut. Bila Cik Tijah contohnya ditanya “Kenapa tak pergi kenduri Cikgu Seman?”, Tijah jawab “takde jemput mulut pun”.  Makanan pun cukup untuk semua tetamu. Jadi, hebahan secara umum di media sosial TokTang rase ada sedikit kekurangan

Harapnya cucu Tok dalam kalangan cikgu muda yang baca ni bolehlah rancang dan bersedia apa yang perlu bila nak kahwin nanti. Apa pun, kalau pengurusan diteliti insyaAllah majlis cikgu berjalan lancar. Cikgu sangat mulia, kalau cikgu kahwin ke, anak cikgu kahwin ke ramai orang nak datang. Mudah-mudahan majlis kahwin cikgu berjalan lancar dengan pengurusan yang teliti. Selamat mendirikan rumah tangga tata….


Kongsikan Bersama