*Oleh: TokTang:)
Sakit hati TokTang bila baca berita-berita di laman sosial hari ni. Assalamualaikum cucu TokTang semua, kecuali golongan kayangan yang Tok tak tahu dan tak nak tahu awak-awak ni cucu siapa. Sakit betul hati ni bila TokTang tengok di facebook dan laman sosial berita online sekarang hangat, katanya ada golongan-golongan kayangan@ segelintir kluster dari luar negara (khususnya atas tiket melancong) tak reti beri kerjasama dengan barisan hadapan petugas kementerian kesihatan untuk saringan covid.
Berbeza pula dengan gelombang kedua kali ni bila petugas-petugas covid kurang senang dengan segelintir golongan kayangan. Mohd Afiq seperti dalam facebooknya cakap rata-rata kluster ni demand. Tak nak dihantar ke wad kusta atau institut latihan, katanya panas. Buat endah tak endah je dengan petugas, dok ngadap handphone memanjang. Seorang lagi petugas menerusi facebook Sakinah Sulong maklmkan ada dalam kalangan golongan kayangan ni yang memaki staf petugas frontliner dengan panggilan haiwan, tak nak dikurarantin. TokTang setuju dengan kenyataan Sakinah yang kata sebahagian golongan ni memang tak reti bersyukur.
Mana pergi adab awak-awak golongan kayangan. Kita yang membaca status frontliner di facebook ni rase menggelegak jantung. Kluster Tabligh ni majoriti ikut saranan petugas sebab Tok rasa didikan dan ajaran adab yang mereka amalkan. Tambahan pula kita tengok, macam artikel Tok sebelum ni yang pemimpin tertinggi Tabligh di Malaysia sangat merendah diri pendekatannya untuk kerjasama dengan kementerian kesihatan.
Tapi siapa pemimpin golongan kayangan yang buat peel ni???Jawapannya- pemimpin anda adalah jiwa yang tidak beradab. Biarpun anda memiliki pemimpin dalam kalangan ikon-ikon berpengaruh atau orang-orang kaya, selagi jiwa yang murni tiada dalam diri dan terus meninggi diri, anda adalah “duri kepada masyarakat yang majoriti memiliki pekerti.” Kepada cucu TokTang semua (yang memiliki pekerti) teruskan sifat rendah diri dan tidak menyusahkan masyarakat.