**Oleh: Birru Aidan
Pada tahun 1867 berakhir pemerintahan shogun atau jeneral tentera di Jepun berasaskan sistem bakufu. Pada November 1867, Shogun Keiki atau Shogun Tokugawa Yoshinobu menyerahkan kuasanya kepada maharaja muda iaitu Meiji. Terdapat beberapa strategi merangkap dasar Meiji memulihkan Jepun selaras dengan pemodenan Barat.
1-Pemulihan Pusat Pentadbiran di Yedo [Tokyo]
-Pada musim luruh tahun 1868, Maharaja Jepun mengadakan lawatan ke Yedo.
-Peristiwa tersebut penting kerana memaparkan kemunculan semula keluarga maharaja dalam kalangan rakyat.
-Kota Shogun di Yedo [Tokyo] telah dijadikan Istana Maharaja.
-Kokutai atau “pentadbiran kebangsaan” Jepun sebagaimana terkandung dalam perlembagaan Meiji menegaskan Jepun hendaklah ditadbir oleh “keturunan Maharaja yang tidak putus sepanjang zaman”.
2- Pemulihan Stuktur Pentadbiran
-Pemulihan Meiji mengisytiharkan pembubaran feudalisme yang dipusakai sejak zaman Tokugawa. Bilangan daimyo dikurangkan dari 250 kepada 43 jajahan sahaja.
-Suku Barat seperti Satsuma (pimpinan Okubo Toshimichi), Chosu (pimpinan Kido Koin), Tosa (pimpinan Itagaki Taisuke), Hizen (Okuma Shigenebu) membantu pentadbiran Meiji.
-Kido mencadangkan orang-orang besar dari suku Chosu menyerahkan jajahannya kepada maharaja. Pemimpin lain seperti Satsuma, Tosa dan Hizen turut mengikuti tauladan tersebut.
-Surat yang dipercayai dari Kido semasa sesi penyerahan jajahan menyatakan “Tidak ada bumi dalam Empayar ini yang tidak menjadi milik Maharaja…setelah kuasa Maharaja itu dipulihkan,… dengan hormatnya kami serahkan semua milik feudal kami…”.
-Tahun 1885 satu kabinet yang mempunyai Perdana Menteri ditubuhkan. Ito Hirobumi (oligarki konservatif dari puak Chosu) dilantik sebagai Perdana Menteri pertama Jepun.
-1888- Privy Council (Majlis Penasihat Maharaja) ditubuhkan. Ito Hirobumi merupakan pengerusi pertama majlis tersebut.
3- Meniru kebudayaan Barat
-20 tahun awal pemerintahan Meiji menyaksikan dasar mencotohi kebudayaan dan pemikiran Barat.
-Tokoh seperti Inouye Kaoru mencadangkan pakaian Barat diterima oleh lelaki dan perempuan Jepun sebagai pakaian tetap.
-Golongan pro Barat ini turut mencadangkan nasi diganti dengan roti dan kambing biri-biri.
-Lagu Bola Tamadun nyanyian kanak-kanak Jepun tahun 1878 menyebut sepuluh nama benda dari Barat (jentera wap, kereta kuda, dan kamera).
4-Perkembangan Pendidikan
-Pendidikan besar-besaran diwajibkan pada tahun 1872.
-Pada tahun 1886 setiap kanak-kanak mesti hadir ke sekolah sekurang-kurangnya selama tempoh empat tahun.
-54 000 buah sekolah rendah dirancang pembinaannya.
-Universiti turut ditubuhkan. Antaranya Universiti Doshisha (1875), dan Universiti Tokyo Imperial (1885).
-David Murray dari Amerika Syarikat ditugaskan sebagai penasihat kerajaan Jepun.
5- Ideologi Fukoku Kyohei
-Kukuhkan negara, kuatkan tentera.
-Berasaskan keyakinan kepimpinan yang kuat dan tegas memimpin orang Jepun yang kolot ke arah keagungan.
– Pada tahun 1871 kelas Samurai dibubarkan. Pasukan tentera kebangsaan ditubuhkan pada tahun 1873.
-Menteri Peperangan dan Menteri Angkatan laut terdiri dalam kalangan jeneral yang masih berada dalam perkhidmatan dibawah perintah maharaja.
-1880-an sentimen Kungfutze terdapat dalam kalangan pemerintah Jepun.
-1890 semua sekolah secara seragam membaca titah maharaja untuk mematuhi ajaran Kungfutze. Titah tersebut antaranya menyeru kanak-kanak dan pemuda Jepun berani menawarkan diri mereka kepada Negara dalam situasi kecemasan.
6- Penubuhan Majlis Perwakilan, Imperial Diet (Parlimen Maharaja)
-Idea Maharaja pada tahun 1881.
-Idea sejenis kerajaan yg mengandungi wakil rakyat sebagaimana di Brtain dan Amerika.
-Okuma Shigenobu (dari puak Hizen) mencadangkan Majlis Peurundangan ditubuhkan tahun 1883 [lebih bersifat liberal dari Westminster untuk menyaingi perlembagaan yang dirangka oleh Ito Hirobumi (oligarki konservatif dari puak Chosu).
-Majlis Perwakilan dibentuk selaras dengan Perlembagaan Meiji 1889 hasil draf oleh Ito Hirobumi yang dipengaruhi daripada elemen Berlin.
-Terdapat dua buah dewan iaitu Dewan Pertuanan dan Dewan Perwakilan.
-Dewan Pertuanan terdiri daripada golongan bangsawan (bekas orang besar jajahan seperti Ito Hirobumi; calon maharaja seumur hidup; wakil pembayar cukai paling tinggi). Kuasa Dewan Pertuanan hampir sama dengan Dewan Perwakilan.
-Dewan Perwakilan terdiri daripada ahli yang dilantik secara undi. Mereka merupakan orang kaya Jepun yang mempunyai harta.
-Parlimen bersidang tiga kali setahun.
7-Penubuhan Pelembagaan Meiji 1889
-11 Februari 1889, Perlembagaan Meiji diwujudkan. Meiji ketika itu berumur 37 tahun. Perlembagaan tersebut merupakan idea Ito Hirobumi yang dipengaruhi daripada elemen Berlin.
-Hermann Roessler (Penasihat Jerman di Pejabat Hal Ehwal Luar Jepun) merupakan penaja tidak langsung kepada Perlembagaan Meiji.
-Meiji menyerahkan perlembagaan tersebut kepada Kuroda (Perdana Menteri) dalam satu istiadat. Ia memaparkan simbolik pengurniaan perlembagaan oleh Maharaja kepada rakyat.
8- Pengukuhan Ekonomi melalui Zaibatsu
-Tahun 1870-an menyaksikan pelabur asing terutamanya British memegang 9/10 perniagaan di pelabuhan terkemuka di Jepun.
-Kerajaan Meiji membantu penubuhan syarikat Nippon Yusen Kaisha (Perkapalan Mel Jepun) untuk menyaingi monopoli perdagangan saudagar asing.
-Syarikat tersebut berasal dari satu syarikat kapal wap Mitsubishi. Syarikat Mitsubishi membeli limbungan kapal Nagasaki dari kerajaan Jepun pada 1890-an.
-Kerajaan menggalakkan perniagaan Zaibatsu iaitu kaum pemodal terbesar di Jepun.
-Zaibatsu terdiri daripada empayar perniagaan Jepun seperti Mitsubishi, Mitsui, Sumitomo dan Yasuda.
-Zaibatsu tidak cenderung terlibat dalam politik. Namun, mereka memiliki hubungan rapat dengan oligarki Jepun. Contohnya, Mitsui memiliki hubungan rapat dengan Ito Hirobumi. Manakala, Mitsubishi berhubung rapat dengan Matsukata.
M. Yusof Ibrahim. 1972. Jepun Selepas Meiji. Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Melayu (M) Berhad.
Richard Storry. 1980. Sejarah Jepun Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.