TOKTANG MENGENTANG; Raya Norma Baharu

  • Post category:Santai
Kongsikan Bersama

*Oleh: TokTang:)

Assalamualaikum semua cucu Tok. Harap semua dalam keadaan sihat hendaknya dalam suasana Hari Raya norma baharu. TokTang tahu hari ni masing-masing cucu tok yang Muslim cuba menyambut Syawal dengan cara paling rendah hati. Ujian Covid-19 merupakan satu ketentuan Tuhan yang kita perlu terima dengan hati tenang. Anak dan cucu Tok di KL tak balik raya demi mematuhi arahan kerajaan supaya bendung virus covid dari merebak, duduk diam-diam di rumah.

Tahniah buat semua cucu Tok lain mak lain bapa juga sebab patuh dengan arahan kerajaan supaya tak rentas negeri. Anak dan cucu kandung Tok yang di KL pun Tok redha mereka tak balik kampung di Johor. Sayu..memang sayu. Tapi Tok pun kena rasional. Orang tua macam Tok ni senang je si covid tu meresap. Anak cucu Tok yang tak dapat beraya kampung agaknya selalu dengar lagu “Dendang perantau” saat PKP ni. Bila masing-masing buat video call wassap kat Tok, nampak sangat berkaca biji mata hitam tu. Tapi Tok yakinkan mereka, kita ni sebenarnya sedang berjuang, jihad selamatkan nyawa sendiri dan orang lain dengan duduk je di rumah semasa.
Tok perhati kan jiran-jiran Tok pun yang seusia Tok 6 siri ni pun faham. Pintu pagar ditutup dan dibuka kecil untuk keluarga terdekat je. Adik-beradik Tok pun Tok maklum dalam group keluarga di wassap tak payahlah kita bersedih. Masa anak cucu Tok yang tinggal dekat dengan rumah Tok ni nak salam peluk Tok, Tok maklumkan tak perlu kita buat itu. Sebabnya, selain fikir korek tabung kalau kena kompaun sebab tak ikut S.O.P raya kerajaan, Tok pun bimbang Tok tumbang depan mereka. Tok buat pengumuman ringkas, “Aku maafkan semua salah silap anak cucu baik kat sini atau di perantauan. Tiap hari jangan lupa kirim doa, tiap raya dan bulan-bulan kirim fulus.” Mereka sengih, makan rendang, hulur Tok sampul, balik. Senang je ikut peraturan raya tahun ni sebenarnya. Ketua rumah/keluarga faham, yang lain tak banyak ragam. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari TokTang.

Kongsikan Bersama