*Oleh: Ezafel Hakimi:)
Istilah pilihanraya dari segi bahasa merujuk kepada perbuatan memilih dan ia adalah berbeza dengan perbuatan melantik. Di dalam sesuatu pilihanraya, terdapat dua subjek yang terlibat iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilihnya. Dalam konteks ini, orang yang dipilih membawa maksud wakil rakyat, iaitu orang yang dipilih oleh pengundi di kawasan pilihanraya. Penyertaan politik oleh rakyat adalah aspek utama dalam sesebuah sistem demokrasi. Penyertaan rakyat dalam politik secara formal digambarkan melalui proses pembuangan undian kempen pilihanraya kepada calon yang bertanding.
Sebelum mencapai kemerdekaan, Tanah Melayu telah melalui beberapa pilihanraya yang penting seperti pilihanraya Majlis Bandaraya Pulau Pinang (1951) dan Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 1955. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, institusi politik Tanah Melayu menjadikan demokrasi British sebagai rujukan menerusi model westminister. Jelasnya, Pengaruh penjajahan British di Tanah Melayu menjadikan corak pemerintahan, perlembagaan, dan perundangan di Tanah Melayu dibentuk berdasarkan acuan British.
A. Rashid Rahman. 1994. Perjalanan Pilihan Raya Malaysia. Kuala Lumpur: Berita Publishing.
Abdul Rahman Abdul Aziz. 1971. Demokrasi Di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.