Asas Pilihanraya di Malaysia

  • Post category:Politik
Kongsikan Bersama

*Oleh: Ezafel Hakimi:)

Istilah pilihanraya dari segi bahasa merujuk kepada perbuatan memilih dan ia adalah berbeza dengan perbuatan melantik. Di dalam sesuatu pilihanraya, terdapat dua subjek yang terlibat iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilihnya. Dalam konteks ini, orang yang dipilih membawa maksud wakil rakyat, iaitu orang yang dipilih oleh pengundi di kawasan pilihanraya. Penyertaan politik oleh rakyat adalah aspek utama dalam sesebuah sistem demokrasi. Penyertaan rakyat dalam politik secara formal digambarkan melalui proses pembuangan undian kempen pilihanraya kepada calon yang bertanding.

Photo via: parlimen.gov.my
Kebanyakkan negara demokrasi yang wujud pada hari ini bersifat secara tidak langsung, sama ada yang berbentuk Demokrasi-Berparlimen atau Demokrasi-Berpresiden. Di Malaysia, negara ini mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berpelembagaan. Demokrasi Berparlimen membolehkan rakyat Malaysia memilih wakil rakyat yang akan menjadi suara mereka di Parlimen untuk membahaskan isu dan masalah yang mereka hadapi di kawasan mereka. Pentadbiran Raja Berpelembagaan pula murujuk kepada peranan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai Ketua Negara serta berfungsi dalam ketiga-tiga cabang pemerintahan iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman. Manakala, Perdana Menteri akan mengetuai kabinet kerajaan dan menjadi ketua kerajaan.
Photo via: siasahdaily.blogspot.com
Terdapat 4 elemen wajib sebagai syarat menjalankan pilihanraya. Elemen tersebut ialan calon atau wakil rakyat yang bertanding, pemilih iaitu pengundi, bahagian pilihanraya dan proses pilihanraya. Sistem pemilhan yang biasa diamalkan boleh dikenalpasti mengikut kategori proportional system dan simple first-past-the-post. Malaysia mengamalkan pemilihan sistem simple first-past-the-post. Menerusi sistem ini, calon yang memenangi pilihanraya ialah calon bertanding yang mendapat undi terbanyak walaupun dengan kelebihan satu undi sahaja. Parti politik yang memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Malah di Malaysia, pemimpin yang sudah bersara dari politik boleh kembali aktif, sama ada melalui penubuhan parti baharu, parti sedia ada atau berkolobrasi dengan parti musuh tradisinya.
Photo via: sabrangindia.in

Sebelum mencapai kemerdekaan, Tanah Melayu telah melalui beberapa pilihanraya yang penting seperti pilihanraya Majlis Bandaraya Pulau Pinang (1951) dan Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 1955. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, institusi politik Tanah Melayu menjadikan demokrasi British sebagai rujukan menerusi model westminister. Jelasnya, Pengaruh penjajahan British di Tanah Melayu menjadikan corak pemerintahan, perlembagaan, dan perundangan di Tanah Melayu dibentuk berdasarkan acuan British.


A. Rashid Rahman. 1994. Perjalanan Pilihan Raya Malaysia. Kuala Lumpur: Berita Publishing.

Abdul Rahman Abdul Aziz. 1971. Demokrasi Di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.


Kongsikan Bersama