*Oleh: TokTang:)
Assalamualaikum cucu TokTang semua. Harap semua sihat belaka. Nak tahu tak Tok buat apa 2 bulan lepas? Biasa la sejak NekWang takde ni, kerja TokTang asyik kongsi cerita je memanjang. Ye la, sementara ada ni, mana yang baik untuk anak cucu, Tok sudi kongsi apa-apa cerita pun. Gini,, 2 bulan lepas Tok jenguk kawan lama Tok di Semanggol, dia nak bawak Tok ke kebun buah dia. Tauke kebun le katekan.. Kebetulan anak dia yang mengajor tingkatan 6 pun ada sama. 2 hari TokTang duk rumah kawan tu, TokTang tengok anak dia hari sabtu pun menyemak kertas pelajar. Sampai ke malam pulak tu. Tok sambil borak, sambil siasat, apa kebenda bersungguh dia menyemak tu. Rupanya, kerja kursus sejarah pelajar dia. Bertingkat-tingkat juga kertasnya.
Dia kata sekarang ni pelajar sejarah tingkatan 6 ada kerja kursus. Terkojut Tok bila tengok kaler merah cikgu ni tanda kat kertas. Ada dua bahagian katenya kena menyemak sebelum pelajar diberi peluang hantar yang final. Satu proposal, lagi satu esei. Mak Aihh..seingat Tok dulu zaman u, proposal sem 5 baru belajor. Sekarang, tingkatan 6 dah didedah awal, kelas kau Atan..Tok sempat le belek hasil kerja pelajar dia. Memang katanya, pelajar tingkatan 6 kena ikut format dan disiplin sejarah yang ditentukan. Tapi sekadar pendedahan asas sahaja la. Maksudnya, kalau masuk u nanti takde la plagiat je memanjang. Tok tengok bahagian permasalahan kajian kat satu proposal tu. Zaman Tok dulu, permasalahan kajian pelajar tak boleh buat dalam bentuk soalan, tapi ada jugak lecturer ajor boleh guna.. Masing-masing ada hujah, omputih kata different school of thought le katekan..
Tapi asas-asas yg didedahkan kat pelajar tingkatan 6 ni pun, Tok rasa memang berbaloi sangat. Mana taknya, nota hujung/kaki pun wajib buat. Sumber primer pun kena jelas. Viva pun ada tau. Zaman Tok dulu, kawan Tok le, assignment pun cedok kawan. Sekarang pun Tok dengar ada juga pelajar u bedal Wikipedia, meradang lecturer. Tapi, pelajar sejarah tingkatan 6 sekarang, format pun dah didedah ditil. Salute betul Tok pada cikgu sejarah form 6 yang gigIh bimbing anak bangsa. Jadi, produk form 6 dah takde masalah le kalau nak buat assignment kat u nanti. OK, Tok kongsi sikit kat bawah. Boleh tengok macam mana dari tak betul dan melalut pelajar ni, bila dibimbing cikgunya, hasilnye licin je macam hidung Tok hehe…
Sebelum…mcm perang dunia pertama
Selepas..senyum la kamu ye..
Sebelum..kalau Tok ni dah pengsan dah..
Selepas..sengih le,,blh raya la kamu ye..
Apa pun Tok rasa, pihak paling membantu pelajar form 6 jadi baik begini, jasa bimbingan gurunya. Kepada guru sejarah form 6 khususnya, Tok tabik spring kepada yang sangat komited lahirkan produk intelek terbaik. Ha…. pesan Tok buat cucu Tok yang form 6 semua ni, dah masuk u ingat apa yang dah diajor, hormat cikgu lecturer sentiasa. Jangan copy paste je,,sbb bawah ni cikgu sejarah tu kasi 2 pengajaran sampai le kamu kat u…