*Oleh: Ezafel Hakimi:)
Virus Covid-19 merupakan pandemik yang memberi kesan buruk terhadap ekonomi di seluruh dunia. Ramai ahli ekonomi berpendapat bahawa kesan ekonomi akibat Covid 19 adalah lebih buruk berbanding Kemelesetan Ekonomi (Great Depression) pada tahun 1930-an. Merujuk kepada statistik yang dilaporkan dari Amerika menunjukkan gambaran ekonomi global adalah pada tahap yang tidak stabil. Hal ini kerana secara puratanya dalam tempoh tiga minggu sahaja sejak April yang lalu telah mengakibatkan 16.8 juta rakyat Amerika hilang pekerjaan. Malahan, terdapat satu laporan yang meramalkan bahawa kemungkinan besar di akhir wabak Covid-19 ini, seramai 47 juta pekerja Amerika akan menganggur dengan kadar pengangguran meningkat kepada 32 peratus.
Justeru, pasca penularan wabak Covid-19 memberi kesan bukan sahaja kepada status ekonomi di Malaysia malah turut menjejaskan ekonomi negara-negara di seluruh dunia. Oleh yang demikian, kebanyakan negara telah mengumumkan pakej ransangan ekonomi bagi mengawal pergerakan tahap ekonomi di negara masing-masing.
Prof Madya Dr Nursilah Ahmad. 6 April 2020. “Menjangka Sisi Putih Ekonomi Pasca Pandemik COVID”. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/04/673506/menjangka-sisi-putih-ekonomi-pasca-pandemik-covid-19 (Diakses pada 15 Jun 2020)
Michael Maiello. 07 April 2020. “China’s Economic Response to COVID-19 Has Helped, for Now”. https://review.chicagobooth.edu/economics/2020/article/china-s-economic-response-covid-19-has-helped-now (Diakses pada 15 Jun 2020)