Krisis Hutang Mesir 1875: Apa Respon Sultan Turki Uthmaniyah?

Kongsikan Bersama

*Oleh: Birru Aidan:)

8 April 1875 Kedif Ismail Pasha (pemerintah Mesir lantikan Sultan Turki Uthmaniyah) mengisytiharkan Mesir telah pun muflis. Ia lanjutan krisis hutang yang melanda Mesir dengan bank-bank Eropah lantaran penumpuan Kedif terhadap projek-projek mega. Projek mega tersebut merangkumi pembinaan landasan kereta api dan pembelian kilang-kilang memproses gula. Krisis hutang yang melanda Mesir memaksa Kedif menjual sahamnya dalam Terusan Suez kepada British yang merupakan pemegang saham dominan terusan tersebut sebanyak 4 juta pound sterling.

Photo by: scoopnest.com (ed)
Tempoh tersebut menyaksikan Mesir masih sebuah negara atau wilayah dalam empayar Turki Uthmaniyah. Sungguhpun demikian, Sultan Turki Uthmaniyah tidak dapat menyalurkan bantuan menyelesaikan kemelut hutang Mesir tersebut. Ia berikutan tahun 1875 Sultan Turki turut menghadapi krisis hutang dengan kuasa Barat. Mesir bergelut dengan hutang kepada bank perdagangan Fruhling dan Goshen milik British. Pada masa yang sama, Sultan Turki Uthmaniyah bergelut dengan hutang dalam Imperial Ottoman Bank (IOB). Kerancakan pelabur-pelabur Eropah menanam modal dan pelaburan dalam IOB menimbulkan perasaan tidak puas hati pegawai-pegawai kerajaan Turki Uthmaniyah berikutan memberi kelebihan kepada Eropah memperoleh pendapatan atau keuntungan ekonomi yang besar dalam empayar Turki Uthmaniyah.
Photo by: heritage.bnf.fr (ed)

Keadaan ini menyebabkan Sultan Turki Uthmaniyah tidak dapat memberikan bantuan kepada kemelut hutang Mesir lanjutan masalah sama dihadapi Sultan. Kesan krisis hutang Turki Uthmaniyah dan wilayahnya seperti Mesir jelas dibuktikan menerusi campur tangan Eropah dalam pentadbiran. Kedif di Mesir terpaksa menerima Public Debt Commission (Suruhanjaya Hutang Awam) yang terdiri daripada dua pegawai tertinggi Eropah dari Perancis dan British untuk menguruskan krisis hutang Mesir. Eropah turut menubuhkan Ottoman Public Debt Administration yang bertujuan menguruskan bebanan hutang empayar Turki Uthmaniyah serta meluaskan pengaruh imperialisme ekonomi mereka dalam empayar tersebut. Ringkasnya, tahun 1875 Sultan Turki Uthmaniyah tidak berupaya menyelesaikan krisis hutang di Mesir lanjutan masalah sama dihadapinya dalam IOB disebabkan pengaruh luas Eropah ketika itu.

M.W Daly. (ed). 1998. The Cambridge History of Egypt (Vol. 2): Modern Egypt, from 1517 to the End of the Twentieth Century. Cambridge: Cambridge University Press.

Niles Stefan Illich. 2007. German Imperialism in the Ottoman Empire: A Comparative Study. Disertasi Phd. Texas A&M University.

Paula Sanders. 2008. Creating Medieval Cairo: Empire, Religion, and Architectural Preservation in Nineteenth-Century Egypt. New York: American University in Cairo Press.


Kongsikan Bersama

This Post Has 19 Comments

  1. Muhd Firdaus Bin Sholehan

    Pada pandangan saya,perkara diatas menunjukkan bahawa Sultan Turki tidak dapat membendung masalah yang dialami oleh Turki dan Kedif di Mesir.Ini menggugat kredibiliti Sultan Turki sebagai pemerintah Turki Uthmaniyah pada abad ke-19.

    1. Nur Alia Binti Yusoff

      Pada pendapat saya, krisis hutang yang dihadapi oleh Kedif Ismail Pasha di Mesir dan Sultan Turki merupakan salah satu peluang kepada kuasa barat untuk menguasai wilayah-wilayah di Mesir dan juga Turki dengan strategi mereka iaitu menubuhkan Suruhanjaya Hutang Awam dan Ottoman Public Debt.

  2. Muhd Firdaus Bin Sholehan

    Pada pandangan saya,perkara diatas jelas menunjukkan bahawa kredibiliti Sultan Turki Uthmaniyah tercabar ekoran tekanan daripada faktor dalaman dan luaran.Hal ini secara tidak langsung menggugat sistem pentadbiran Turki Uthmaniyah dalam menangani konflik tersebut.

  3. Pada pandangan saya,perkara diatas jelas menunjukkan bahawa Sultan Turki Uthamniyah tidak dapat membendung masalah yang dialami oleh Turki dan Kedif Mesir.Hal ini menggugat kredibiliti Sultan Turki sebagai pemerintah kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke-19.

  4. NurFariesya Binti Md Fadhil

    Pada pendapat saya,perkara ini berlaku disebabkan strategi sultan turki uthmaniyah tidak memberangsangkan sehingga berlaku kejatuhan turki uthmaniyah dengn mempunyai pelbagai krisis hutang yang tidak dapat diselesaikan sehingga tidak mampu membantu kemelut hutang mesir.

  5. Rishmah Krishnamoorthy

    Pada pandangan saya, keruntungan ekonomi berlaku kerana Turki Uthmaniyah campur tangan dengan Eropah dalam pentadbiran. Sebab itu Turki Uthmaniyah mangalami keadaan ini.

  6. Izzah Zolkifle

    Pada pandangan saya, pada tahun 1875, Sultan Turki Uthmaniyah tidak berupaya menyelesaikan krisis hutang di Mesir disebabkan pengaruh luas Eropah ketika itu.

    1. Alis Qamarina

      Setuju🙋🏻‍♀️

    2. Alis Qamarina

      Setuju.

  7. Rishma A/P Ramesh

    Pada pandangan saya, krisis hutang Mesir tersebut adalah salah satu faktor dari segi ekonomi dalam perluasan kuasa barat ke atas empayar Turki Uthmaniyah.

  8. Noranisah Binti Harun

    Ec
    Pada pandangan saya, Sultan Turki tidak dapat menyelesaikan masalah kerana hutang yang ditanggungnya terlalu besar atas kerana berhutang dengan berbagai pihak. Hal ini telah menggugat kredibiliti Sultan Turki sebagai pemerintah Turki Uthmaniyah.

    1. Sanjeevan A/L Ragu

      Pada pendapat saya, Kedif Ismail Pasha tidak seharusnya melakukan dua projek mega pada masa yg sama.Hal ini kerana,ia mungkin menjadi punca menghadapi masalah hutang.Selain itu,British juga mengambil peluang dengan mencampur ekonomi empayar Turki Uthmaniyah.

  9. Nadirah H.

    Pada pendapat saya, krisis ini berlaku kerana Sultan Turki dan Kedif Ismail Pasha terlalu mementingkan projek mega berbanding kesejahteraan rakyat Turki Uthmaniyyah. Hal sebegini tidak akan berlaku sekiranya, rakyat didahulukan berbanding dengan projek besar besaran tersebut. Jelas di sini, kelemahan dalam pemerintaha menyebabkan Sultan Turki tidak dapat membendung krisis hutang pada tahun 1875.

  10. Anis Akma

    Pada pandangan saya , Sultan Turki Uthmaniyah tidak dapat membantu Mesir untuk menyelesaikan hutang kerana sultan turki juga turut mempunyai masalah kewangan . Ini menunjukkan bahawa kepimpinan sultan turki uthmaniyah agak lemah dalam menguruskan hal pentadbiran .

  11. Faisal Hakim

    Saya berpendapat bahawa, krisis hutang yang melanda telah memberikan cabaran kepada pentadbiran empayar Turki Uthmaniyah. Pada masa yang sama ,krisis hutang ini juga telah membuka ruang kepada kuasa-kuasa Barat untuk menguasai wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah dengan menawarkan bantuan untuk menyelesaikan hutang tersebut

  12. Afif

    Pada pendapat saya, Turki Uthmaniyyah mengalami kerugian yang besar disebabkan hutang yg terlalu banyak. Kesannya, Kedif terpaksa menjual saham Terusan Suez kepada pihak Barat yang berharga 4 juta pound sterling. Hal ini telah menyebabkan saham Terusan Suez didominasi sepenuhnya oleh pihak Barat.

  13. Artikel ini telah menjelaskan bahawa kuasa barat telah mencampur tangan dalam pentadbiran dan ekonomi Turki Uthmaniyah dan secara tidak langsung telah menyebabkan krisis seperti yang diterangkan dalam artikel di atas iaitu krisis hutang yang dihadapi oleh Turki Uthmaniyah dan Mesir yang dibeban oleh kuasa barat.

  14. NurAliah Fareezah Binti A.Aziz

    Pada pendapat saya krisis hutang yang Sultan Abdul Hamid hadapi telah menyebabkan kemerosotan pada kerajaan Turki Uthmaniyah.

  15. Shafiqshahin

    Pada pendapat saya, krisis hutang dihadapi oleh Turki uthmaniyah pada tahun 1875 membuka peluang kepada negara2 barat untuk meluaskan kuasa dengan memberikan bantuan kewangan untuk menyelamatkan turki uthmaniyah yg mengalami krisis hutang.

Comments are closed.