Kepentingan Gangsa Zaman Dinasti Shang

Kongsikan Bersama

*Oleh: Ezafel Hakimi:)

Zaman sejarah dan peradaban baru China dimulai seiring dengan kemunculan Dinasti Shang. Dinasti Shang didirikan oleh Cheng T’ang iaitu merupakan seorang raja muda dari daerah Shang. Dinasti ini diasaskan oleh beliau sekitar abad ke-16 sebelum masihi. Ibu kota Dinasti Shang sering berpindah dan akhirnya ditetapkan di kawasan Anyang. Secara umumnya, Dinasti Shang banyak mengaplikasikan penggunaan barangan gangsa dalam kehidupan harian. Kepentingan barangan gangsa ini meliputi norma kehidupan masyarakat pada zaman Dinasti Shang kerana turut digunakan untuk tujuan pertanian, ketenteraan dan keagamaan.

Photo via: factsanddetails.com
Masyarakat Shang merupakan masyarakat petani yang menyelenggarakan sistem perairan yang sangat teratur. Mereka menjalankan aktiviti penanaman padi, mengusahakan penanaman gandum dan pohon kertau (pohon murba) untuk mengembangkan ulat sutera bagi menghasilkan benang sutera. Kepentingan barangan gangsa dilihat amat signifikan dalam aktiviti pertanian melalui penciptaan alat-alat kelengkapan pertanian dan juga chariot iaitu sebuah kereta yang dihasilkan daripada gangsa. Dinasti Shang juga terlibat dalam pengeluaran skala besar kapal gangsa-ware dan senjata. Penghasilan kapal ini memerlukan tenaga kerja yang besar kerana penciptaan kapal ini membolehkan aktiviti perlombongan, pengangkutan timah dan tembaga dijalankan.
Photo via: shangdynastee.weebly.com
Selain itu, kepentingan barangan gangsa pada zaman Dinasti Shang dapat dilihat dalam aktiviti ketenteraan. Hal ini dapat dibuktikan apabila tentera infantri mereka menggunakan senjata yang diperbuat daripada batu dan persenjataan gangsa. Sebagai contohnya tombak Mao, Yue Tiang-kapak, Tiang Ge berasaskan belati-kapak, busur komposit dan helm gangsa atau kulit. Alat-alat persenjataan ini dihasilkan dengan jumlah yang banyak kerana tentera-tentera pada zaman Dinasti Shang telah menggunakannya untuk menggulingkan Dinasti Xia. Justeru, berdasarkan penghasilkan senjata dan penciptaan kapal-kapal besar, ia menjelaskan bahawa barangan gangsa telah digunakan secara meluas pada zaman Dinasti Shang.
Photo via: jvecsica.weebly.com
Kepercayaan pada zaman Dinasti Shang pula adalah berunsurkan pemujaan terhadap dewa alam. Upacara-upacara keagamaan yang dijalankan oleh masyarakat pada zaman dinasti ini adalah menjurus kepada konsep agraria iaitu berunsurkan pertanian. Namun demikian, upacara yang dijalankan oleh Raja-raja Shang perlulah melibatkan korban manusia. Aspek kepercayaan pada zaman Dinasti Shang ini dapat dibuktikan juga melalui penemuan-penemuan makam kerajaan Dinasti Shang dan jumpaan lebih dari 200 kapal gangsa yang digunakan untuk kegunaan ritual. Penemuan makam permaisuri militan iaitu permaisuri kepada Raja Wu Ding adalah seiring dengan penemuan tulang Oracle iaitu sebuah alat tilikan ajaib yang digunakan oleh maharaja atau pegawai-pegawai Dinasti Shang. Ekoran penemuan tersebut, alatan dan barangan seperti kapal gangsa, kapal periuk, tembikar, senjata gangsa, sikat rambut dan sepit rambut tulang telah ditemui. Hal ini menmbuktikan bahawa terdapat hubungkait jelas antara penggunaan barangan gangsa dengan kepercayaan masyarakat pada zaman Dinasti Shang.

Ringkasnya, penemuan bukti-bukti arkeologi pada zaman Dinasti Shang memaparkan penggunaan barangan gangsa amat signifikan dalam perkembangan masyarakat dinasti tersebut. Namun demikian, era kegemilangan Dinasti Shang berakhir apabila raja terakhir Shang iaitu Shang Zhou telah membunuh diri setelah pasukannya dikalahkan oleh orang Zhou..


Kenneth Pletcher. 2011. Understanding China: The History of China. New York: Britannica Educational Publishing.

Wang Hongyuan. 1993. The Origins of Chinese Character. Beijing: Sinolingua.

Wiriaatmadja, A. Dasuki, Wildan & A. Hum. 2003. Sejarah dan Peradaban Cina: Analisis Filosofis-Historis dan Sosio-Antropologis. Bandung: Humaniora.


Kongsikan Bersama