*Oleh: Birru Aidan:)
Ibu Zain atau nama sebenarnya, Zainun Binti Sulaiman dilahirkan pada 22 Januari 1903, di Nyalas, Melaka. Ibu Zain merupakan anak ke-6 daripada 8 adik-beradik. Ahli keluarga beliau menggelarnya sebagai Zainal Abidin berikutan kecergasan dan kecerdasan yang dimiliki Ibu Zain. Pendidikan awal pra sekolah diperoleh Ibu Zain di perkarangan rumah Shellabear (Tokoh Inggeris terkenal awal abad 20 di Malaya).
Ibu Zain turut memainkan peranan tersendiri dalam bidang kesukarelawan. Beliau aktif dalam pertubuhan Pandu Puteri sehingga mewakili Malaya ke Jamborie Pandu Puteri yang diadakan di Sri Lanka pada tahun 1954. Beliau juga mendaftarkan nama sebagai tentera sukarela untuk Malaysia semasa Indonesia melancarkan “Ganyang Malaysia” tahun 1963.
Siri Pengkesahan Sejarah. Anjuran Arkib Negara Malaysia dengan PERTIWI. Wanita di Dalam Sejarah Malaysia. 28 Januari 1984. Jalan Duta Kuala Lumpur.
Dokumentari Khas Jasamu di Kenang- Ibu Zain. V. 18/88.