*Oleh: Birru Aidan:)
Masyarakat Muslim di Singapura hujung abad 19 pernah menghadapi dilema menyambut Aidilfitri. Tahun 1897 contohnya masyarakat Jawa di Singapura mengambil keputusan beraya mengikut kiraan hisab (kiraan falak). Manakala sebahagian masyarakat Muslim di Singapura menyambut raya keesokan harinya atas faktor anak bulan tidak kelihatan. Keadaan sama berlaku tahun 1928. Ketika itu, masyarakat Muslim di Semenanjung Tanah Melayu menyambut Syawal pada Jumaat 23 Mac, tetapi masyarakat Muslim di Singapura menyambutnya pada Sabtu 24 Mac kerana pihak berkuasa Muslim Singapura mengesahkan anak bulan tidak kelihatan. Disebabkan itu, akhbar tempatan seperti The Straits Times melaporkan masyarakat Singapura bersedih kerana menyambut raya pada hari bekerja, berbanding Jumaat sebagai cuti umum ditetapkan British untuk perayaan tersebut.
Malah, perkara paling utama yang dilakukan oleh masyarakat Muslim di Malaysia apabila penghujung Ramadhan di Malaysia ialah menunggu pengumuman penyimpan mohor besar Majlis Raja-raja berhubung pengisytiharan Syawal. Ketika itu, kegembiraan selepas sebulan berpuasa diterjemahkan mengikut cara tersendiri; sama ada dalam bentuk laungan takbir, melompat keseronokan, atau bermain mercun. Selamat menjalani marathon ibadah puasa hingga titian akhir. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin dari saya Birru Aidan, TahuTuai.
Stolz, D.A. 2018. The Lighthouse and the Observatory: Islam, Science, and Empire in Late Ottoman Egypt. Cambridge: Cambridge University Press.
Ahmad Fauzi Abdul Hamid. 2004. The impact of British Colonialism on Malaysian Islam: An Interpretive Account. Islam and the Modern Age XXXV(2):21-46.
Means, G.P. 2009. Political Islam in Southeast Asia. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre