1916-1928: Tempoh China Dianggap Separa Merdeka

  • Post category:Politik
Kongsikan Bersama

*Oleh: Birru Aidan:)

Tahun 1916-1928 merupakan satu tempoh China dianggap sebagai separa merdeka. Ia bermula apabila Dinasti Ching disingkirkan menerusi Revolusi China 1911 pimpinan Dr Sun Yat Sen. Apabila Republik China ditubuhkan pada tahun 1912, keadaan China masih hura-hara ekoran berlaku pertikaian antara Kuomintang (Parti Nasionalis-diasaskan oleh Sun Yat Sen dan Sung Chiao Jen) dengan Yuan Shih Kai iaitu Presiden Sementara Republik China. Hal ini kerana Yuan Shih Kai bertindak memecat gabenor tentera Kuomintang seterusnya melantik dirinya sebagai maharaja pada tahun 1916. Ia berkait rapat dengan “jiwa feudalist” yang dimiliki oleh Yuan Shih Kai kerana sebelum memihak dengan tokoh-tokoh revolusi China 1912, beliau merupakan orang kanan kepada Kerajaan Dinasti Ching yang pernah memegang jawatan seperti pegawai tentera tertinggi dan Perdana Menteri dalam kabinet empayar Dinasti Ching.

Photo by: fixquotes.com (ed)
Keadaan ini mengakibatkan muncul tentangan daripada wilayah-wilayah China. Malah, tuntutan 21 perkara oleh Jepun lanjutan Perjanjian Versailles 1919 menimbulkan persepsi negatif rakyat China terhadap republik yang baharu ditubuhkan. Justeru, kuasa sebenar China pada tempoh 1916-1928 terletak kepada golongan warlord (hulubalang) khususnya di utara China. Ia berikutan pemerintahan republik China pada tempoh tersebut hanya terhad di Selatan China dan Beijing. Li Yuan Hung (pengganti Yuan Shih Kai) yang cuba memulihkan semula republik China dilihat lemah dan pusat pentadbiran republik iaitu Peking (Beijing) tidak memiliki kuasa mengawal wilayah-wilayah China yang berpecah.
Photo by: wikiwand.com (ed)

Justeru, perkembangan ini menjelaskan sebab tempoh 1916-1928 China dianggap sebagai separa merdeka ekoran “dipecahkan-dipecahkan sepeti buah tembikai”. Dalam erti kata lain wilayah-wilayah China berpecah mengikut pemerintahan warlord. Golongan warlord ini memiliki puak-puak tersendiri dan sentiasa mencetuskan pergaduhan antara satu sama lain. Contoh warlord yang berpengaruh di China tahun 1916-1928 ialah Chang Tso Lin (puak: Fengtian), Wu Pei Fu (puak: Chihli) dan Tuan Chi Jui (Ahnwei).

Sumbangsih Nota Kuliah Al-marhum Dr. Azhar Mad Aros (Pensyarah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya). 2014.


Kongsikan Bersama