Pemerintah Zaman Gupta

  • Post category:Politik
Kongsikan Bersama

*Oleh: Jacqueline Salomi:)

Kebijaksanaan pemerintah merupakan elemen yang penting yang meningkatkan status Empayar Gupta sebagai zaman keemasan dalam tamadun India. Terdapat tiga pemerintah utama yang banyak menyumbang kepada kegemilangan Empayar Gupta iaitu Chandragupta I, Samudragupta, dan Chandragupta II.

Photo via: quora.com
Chandragupta I memerintah dari 320M sehingga 340M dan mendapat gelaran ‘Great King Of Kings’ atau ‘Maharajadiraja’. Tindakan beliau mengahwini Kumaradevi iaitu anak raja dari puak Litcchavi memberi kesan positif kepada perluasan kuasa Gupta apabila berjaya menguasai wilayah Vaishali. Chandragupta I juga menggunakan kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan isterinya untuk memperluaskan tentera.
Photo via: indiaonline.in
Pemerintah Gupta seterusnya iaitu Samudragupta anak kepada Chandragupta I, turut mendapat gelaran agung iaitu ‘Indian Napoleon’. Samudragupta memerintah dari awal tahun 335M sehingga tahun 375M mendapat gelaran tersebut hasil daripada kejayaan beliau dalam memperluaskan kuasanya sehingga ke wilayah Kashmir dan Deccan. Beliau juga berjaya mengalahkan pemerintah Kalinga iaitu Pishaputra dan berjaya mengausainya.
Pencapaian Empayar Gupta sebagai zaman keemasan juga adalah hasil kejayaan pemerintah Chandragupta II yang mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 375M sehingga tahun 415 Masihi. Chandragupta II mendapat gelaran Vikramaditya ekoran kejayaan beliau dalam peperangan dengan Raja Rudrasima II iaitu pemerintah wilayah Sakas. Chandragupta II berjaya mengusir Raja Rudrasima dan menguasai Sakas sebagai wilayah naungan Gupta. Beliau juga telah membuka laluan perdagangan dan menjadikan kegiatan perdagangan sebagai satu aktiviti penting bagi meningkatkan ekonomi kerajaan Gupta. Selain itu, Chandragupta II bijak mengahwinkan anaknya dengan anak Raja Vakataka iaitu Rudrasenall. Melalui perkahwinan ini, tentangan daripada kerajaan tersebut dapat dilemahkan. Ringkasnya, kebijaksanaan strategi pemerintah-pemerintah Gupta berhasil mengukuhkan empayar Gupta sebagai kerajaan yang memiliki prestij serta kegemilangan tersendiri dalam Tamadun India.


D.D. Kosambi. 1992. The Culture and Civilization of Ancient India in Historical Outline. New Delhi: Vikas Publications.

Nagendra Nath Ghosh, M.A (ed). 1948. Early History of India. Allahabad: The Indian Press Publication Private Ltd.


Kongsikan Bersama