*Oleh: Jacqueline Salomi:)
Takrifan terhadap sejarah lisan berbeza mengikut pandangan seseorang individu dan organisasi. Menurut William W. Moss, beliau mendefinisikan sejarah lisan sebagai suatu proses yang menghasilkan sumber-sumber sejarah melalui teknik temubual, wawancara atau soal jawab yang dirakam ke dalam pita rakaman. Arkib Negara Malaysia pula mengatakan sejarah lisan adalah kenang-kenangan tokoh-tokoh tertentu yang dirakam dengan menggunakan teknik wawancara. Mengikut James H. Morrison lebih suka menggunakan istilah kajian lisan sebagai pengumpulan bahan melalui kaedah pertukaran lisan atau wawancara dengan orang atau orang lain mengenai topik yang diteliti oleh pewawancara. Hal ini dapat mencapai kesimpulan terhadap sesuatu kajian yang memuaskan atau mungkin betul tentang masa lalu.
Sumber lisan mendapat kritikan hebat daripada Leopold Von Ranke pada pertengahan abad ke-19 yang lebih cenderung menekankan penggunaan sumber primer bertulis seperti dokumen dan surat-menyurat rasmi dalam membuat kajian. Menurut Ranke, sumber tersebut mampu memberi gambaran yang lebih tepat dalam penghasilan sejarah berdasarkan bukti-bukti yang nyata dan sahih. Hal ini menyebabkan penggunaan sumber lisan semakin berkurangan pada waktu tersebut.
Nadzan Haron. 1979/1980. “Suatu Pandangan Awal Terhadap Sejarah Lisan Dalam Konteks Pengkajian Sejarah Malaysia”. Jebat. Bil. 9. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jawatankuasa Kebangsaan Sejarah Lisan. 1983. Buku Panduan Sejarah Lisan. Arkib Negara Malaysia.
John Tosh and Sean Lang. 2000. The Pursuit of History: Aims, Methods and New Directions in the Study of Modern History. Harlow: Longman.