Gerakan 4 Mei 1919

  • Post category:Politik
Kongsikan Bersama

*Oleh: Birru Aidan

Gerakan 4 Mei 1919 terjadi di China. Ia merupakan satu gerakan menerusi pelancaran demonstrasi besar-bersaran oleh beberapa ribu orang pelajar Universiti Peking (Beijing) mempertahankan kedaulatan China. Tuntutan mempertahankan kedaulatan China tersebut terjadi berikutan Perjanjian Versailles 1919 (perjanjian oleh kuasa-kuasa Barat selepas Perang Dunia Pertama) memutuskan bahawa bekas hak-hak penguasaan  Jerman di wilayah Shantung (meliputi konsesi perdagangan) diserahkan kepada Jepun yang bertindak menguasai wilayah Shantung. Hal ini menimbulkan perasaan tidak puas hati masyarakat China yang bertegas mempertahankan Shantung sebagai wilayah China, seterusnya melancarkan gerakan 4 Mei 1919. Berikut merupakan faktor Gerakan 4 Mei 1919;

1) Ketidakstabilan politik/politik tidak mantap

Kerajaan China gagal mentadbir negara dengan efektif. Hal ini kerana berlaku perselisihan antara pemerintah tertinggi China sejak China ditubuhkan sebagai negara Republik tahun 1912. Antaranya perselisihan Presiden Republik Yuan Shih Kai (yang bertindak melantik diri sendiri sebagai maharaja China) dengan Dr Sun Yat Sen. Hal in diburukkan lagi dengan masalah dalaman sesama ahli Kuomintang (Parti Nasionalis China). Rakyat seterusnya hilang kepercayaan apabila terdapat ahli politik China yang pro Jepun dalam isu wilayah Shantung.

2) Masalah wilayah Shantung

Konflik Jepun dengan China di wilayah itu sendiri merupakan faktor jelas terjadi Gerakan 4 Mei. Jepun berjaya mengalahkan Jerman di wilayah tersebut dan mengemukakan tuntutan 21 perkara kepada China. Antara tuntutan tersebut ialah Jepun mensyaratkan China tidak menyerahkan pelabuhan, teluk atau pulau-pulau di China kepada kuasa lain atau kuasa ketiga. Desakan supaya China mengakui kedudukan Jepun di Shantung juga merupakan satu daripada tuntutan 21 Jepun. Justeru, golongan pelajar menganggapnya sebagai satu penghinaan kepada China

Photo by: socialistalternative. org (ed)

3) Pekembangan intelektual

Tsan Yuan Pei (Canselor Universiti Peking) melaksanakan beberapa perubahan di Universiti Peking. Contohnya, beliau mempergiat fungsi universiti sebagai gedung ilmu serta menerapkan amalan demokrasi. Beliau turut menekankan saranan pemantapan politik, ekonomi dan sosial mengikut acuan moden dari Barat. Keadaan ini menjadikan Universiti Peking sebagai pusat perkembangan intelektual sehingga menjadi penggerak kepada Gerakan 4 Mei 1919.

4) Pengaruh/keadaan luar negeri

Revolusi Bolshevik 1917 yang berlaku di Rusia lanjutan perjuangan rakyatnya menggulingkan pemimpin korup juga  merupakan antara perangsang kepada Gerakan 4 Mei 1919 di China. Selain itu Rusuhan Beras 1918 di Jepun juga mempengaruhi rakyat China mencetuskan Gerakan 4 Mei 1919

 

Sumbangsih Nota Kuliah Al-marhum Dr. Azhar Mad Aros (Pensyarah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya). 2014.


Kongsikan Bersama