Huru Hara- Kesan Pemerintahan Warlord

  • Post category:Politik
Kongsikan Bersama

*Oleh: Birru Aidan:)

Pemerintahan Warlord (Hulubalang) di China tahun 1916-1928 memperlihatkan kesan hura hara kepada masyarakat China. Golongan Warlord yang menguasai Utara China memiliki pentadbiran tersendiri dan sentiasa bersaing dengan Warlord dari puak-puak lain. Hal ini sekaligus menyebabkan pentadbiran republik China di Peking tidak mampu mengekang persaingan Warlord sepanjang tempoh tersebut.

Photo by: monovisions.com (ed)
Campur tangan asing merupakan kesan yang jelas dilihat dalam pemerintahan Warlord. Pihak British misalnya menjalinkan hubungan baik dengan Warlord seperti Wu Pei Fu untuk kepentingan perdagangan kuasa Barat tersebut. Campur tangan asing ini terjadi kerana Republik China tidak memiliki undang-undang khusus menyekat penguasaan dan perhubungan Warlord dengan pihak Barat.
Di samping itu, perang saudara yang berlarutan juga merupakan antara kesan atau huru- hara yang berlaku semasa pemerintahan Warlord. Sepanjang 1916 hingga 1928, terdapat lebih kurang 140 perang saudara tercetus di China ekoran persaingan puak-puak yang dimiliki Warlord. Pada peringkat awal puak Chihli mendapat sokongan puak Fengtian untuk menghapuskan puak Anhwei. Namun, akhirnya Fengtian dan Chihli pula cenderung mencetuskan pertikaian sesama sendiri.
Photo by: wikiwand.com (ed)
Pemerintahan Warlord turut menyebabkan keadaan kewangan di China merundum. Golongan Warlord terikat hutang dengan pihak asing. Contohnya, puak Anhwei telah membuat pinjaman dari Jepun yang dinamakan Pinjaman Nisihara. Pinjaman tersebut dibuat oleh Tuan Chi Jui (Warlord puak Anhwei) bagi membiayai gaji dan makanan kepada tenteranya.
Photo by: tokyoweekender.com (ed)
Kesan pemerintahan Warlord juga dilihat apabila mereka melaksanakan undang-undang sendiri yang jelas berbeza dengan Peking. Bagi golongan Warlord, undang-undang mereka adalah menyeluruh dan tidak memerlukan undang-undang lain. Contohnya, mereka berkuasa mengeluarkan mata wang sendiri yang berbeza-beza bentuk untuk membayar gaji tentera serta melaksanakan urusan jual beli.
Photo by: en.numista.com (ed)
Pelaksanaan kutipan cukai wilayah yang membebankan juga jelas berlaku dalam pemerintahan Warlord. Golongan Warlord menafikan hasil cukai untuk diserahkan kepada kerajaan republik di Peking. Petani dikehendaki membayar cukai pertanian yang tinggi iaitu daripada 20 peratus kepada 50 peratus.
Photo by: factsanddetails.com (ed)

Kesan pemerintahan Warlord juga menyebabkan kesengsaraan penduduk China. Terdapat penduduk yang diculik oleh tentera Warlord. Selain itu, kereta sorong penduduk juga dirampas, penduduk dikerah untuk menyertai perang bagi pihak puak-puak Warlord. Hal ini menyebabkan ketakutan penduduk kepada tentera-tentera yang dimiliki oleh Warlord.

Sumbangsih Nota Kuliah Al-marhum Dr. Azhar Mad Aros (Pensyarah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya). 2014.

Photo by: lowtechmagazine.com (ed)

Kongsikan Bersama