Pertubuhan Politik Kiri Melayu 1938-1940-an

  • Post category:Politik
Kongsikan Bersama

*Oleh: Fikri Marwan:)

Perjuangan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu dipelopori oleh pertubuhan-pertubuhan politik. Selain dari United Malay National Organization (UMNO) yang sinonim sebagai pertubuhan politik kanan dengan perjuangan mencapai kemerdekaan secara rundingan, perjuangan ke arah kemerdekaan turut dilancarkan oleh pertubuhan politik kiri Melayu.

Photo via: shahrirkamil.blogspot.com
Pertubuhan politik kiri Melayu pertama yang wujud di Tanah Melayu adalah Kesatuan Melayu Muda (KMM). KMM ditubuhkan di Kuala Lumpur oleh pengasasnya Ibrahim Haji Yaakob pada tahun 1938. Keanggotaannya terdiri dalam kalangan lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Tujuan politik KMM adalah menentang penjajahan, mengkritik golongan feudal serta penguasaan ekonomi oleh pihak Barat. Antara tokoh-tokoh lain yang terkenal dalam KMM adalah Mustapha Hussein dan Ishak Haji Muhammad.
Photo via: kmwicbmwid.blogspot.com
Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pula ditubuhkan pada Oktober 1945. Kongres pertama PKMM berlangsung pada November 1945 di Ipoh. PKMM merupakan pertubuhan politik pertama yang mengusulkan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (atau UMNO) bagi menentang Malayan Union pada tahun 1946. PKMM hanya bekerjasama dengan UMNO selama 3 bulan. Ia berikutan atas semangat kekirian, PKMM bertindak untuk tidak meneruskan perjuangan bersama UMNO.
Mokhtaruddin Lasso merupakan Yang Dipertua pertama PKMM, kemudian diganti oleh timbalannya iaitu Dr. Burhanuddin al-Helmy. Bendera merah-putih memaparkan lambang parti kepada PKMM dengan menetapkan Indonesia Raya sebagai lagu kebangsaan pada peringkat awal. Terdapat beberapa sayap atau cabang pertubuhan politik menerusi PKMM. Iaitu sayap agama, Majlis Agama Tinggi Se-Malaya (MATA, Pimpinan Abu Bakar al-Baqir); sayap pemuda, Angkatan Pemuda Insaf (pimpinan Ahmad Boestaman); serta sayap wanita, Angkatan Wanita Sedar (AWAS, pimpinan Shamsiah Fakeh). Pada tahun 1947, PKMM dianggarkan memiliki keanggotaan 60 ribu hingga 100 ribu ahli seluruh Tanah Melayu.
Photo via: daulahrakyat.com
Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) pula adalah gabungan pertubuhan politik kiri Melayu yang ditubuhkan pada 22 Februari 1947. Ia merangkumi gabungan pertubuhan politik Melayu iaitu PKMM, API, AWAS, Barisan Tani Se-Malaya (BATAS, PIMPINAN Musa Ahmad) dan 80 pertubuhan politik berskal kecil yang lain. PUTERA ditubuhkan sebagai reaksi balas terhadap penubuhan Jawatankuasa Kerja anjuran British Julai 1946. Peranan dan intipati keputusan Jawatankuasa Kerja yuang ditugaskan untuk merangka perlemabgaan untuk Tanah Melayu selepas kegagalan Malayan Union tidak diterima PUTERA. Hal ini kerana hanya wakil British, wakil UMNO dan wakil raja-raja terlibat dalam urusan merangka perlembagaan Tanah Melayu tanpa melibatkan wakil dari pertubuhan politik kiri di Tanah Melayu. Antara prinsip PUTERA ialah menuntut bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan istilah Melayu digunakan bagi merujuk semua warga di Tanah Melayu.


Ahmad Boestamam. 1972. Dr. Burhanuddin: Putera Setia Melayu Raya. Kuala Lumpur: Pustaka Kejora.

Syed Husin Ali. 2017. The Relevance of the People’s Constitutional Proposals Today. Dlm. The People’s Constitutional Proposals for Malaya. Syed Husin Ali et al. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre. hlm 3-11.

Wan Hashim. 2011. Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd.


Kongsikan Bersama