Kebiadaban British terhadap Sepoi India Sehingga 1857

Kongsikan Bersama

**Oleh: Birru Aidan

– Sepoi merujuk kepada askar upahan British zaman penjajahan di India. Pada tahun 1741 misalnya 700 tentera sepoi di Bombay berkhidmat dalam ketenteraan SHTI. SHTI menjadikan sepoi demi memperkukuh penjajahan British di India dengan kerjasama tentera Eropah. Jumlah tentera sepoi di India pada tahun 1857 ialah 257 000 orang berbanding tentera Eropah 36 000 orang.


– Dahagi India merupakan perjuangan menentang British oleh kerajaan-kerajaan tempatan di India yang turut disertai oleh golongan Sepoi. Sepoi-sepoi tentera Bengal bertindak membunuh dan membakar rumah pegawai British bermula 10 Mei 1857.


– Tindakan sepoi tersebut bertitik tolak dariapda tindakan biadab British yang mencetuskan konflik atau sentimen keagamaan. Contohnya, British tidak membenarkan tentera sepoi meletakkan tanda kasta mereka di dahi sebagaimana yang kerap dilakukan oleh sepoi penganut Hindu berkasta Brahmin. Tindakan British mengarahkan sepoi untuk berhidmat ke luar negara secara paksa menyebabkan sepoi Hindu berkasta Brahmin tidak berpuas hati ekoran perlu menyeberangi laut meskipun tindakan tersebut tidak dibenarkan dalam peraturan kasta mereka.


– Selain itu, tindakan British meminta tentera sepoi menggigit bekas katrij (bagi menyimpan serbuk peluru) senapang Rifel Enfield yang dilumuri lemak babi dan lemak lembu menimbulkan kemarahan sepoi beragama Hindu dan Islam. 85 orang sepoi didapati mahkamah di India bersalah kerana enggan meenggigit bekas katrij senapang tersebut. Mereka dimalukan dengan tangan dan kaki diikat disaksikan oleh seluruh penduduk di Meerut. Mereka juga dijatuhi hukuman 5 hingga 10 tahun penjara dan dikehendaki kerja berat oleh mahkamah. Sepoi-sepoi bertindak membebaskan 85 sepoi yang ditahan pada waktu malam dan mencetuskan Dahagi 1857 dengan membunuh pegawai-pegawai British. Sungguhpun demikian, Dahagi India berjaya dipatahkan oleh British lanjutan sebahagian tentera Gurkha, Sikh dan Punjab masih beprihak kepada British. British bertindak menangkap golongan sepoi dan membakar kampung -kampung penduduk yang terlibat dengan dahagi. Sepoi Hindu dan Muslim yang menentang British masing- masing dipaksa memakan daging lembu dan babi. Pada 2 Ogos 1858 India diperintah secara langsung oleh British yang diketuai oleh Vieceroy atau Gabenor Jeneral yang mewakili Raja England.

Azharudin Mohamed Dali. 2018. Sejarah India Moden: Imperialisme hingga Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.


Kongsikan Bersama

Leave a Reply