Kronologi-Pengisytiharan Perang Dunia Pertama

  • Post category:Politik
Kongsikan Bersama

*Oleh: Birru Aidan*

-28 Jun 1914: Franz Ferdinand dibunuh di Sarajevo.

-28 Julai 1914: Austria-Hungary mengisytiharkan perang terhadap Serbia untuk membalas dendam. Ini kerana Serbia pada 23 Julai tidak menerima kata dua/keputusan peyelesaian yang ditentukan oleh Austria- Hungary berhubung pembunuhan Franz Ferdinand oleh rakyat Serbia. Jerman sekutu paling rapat dengan Austria tahun 1914, dan menyokong tindakan Austria-Hungary menyerang Serbia. Austria mula menanam hasrat untuk menguasai Timur Adriatik, Aegean, dan Serbia. Austria mendapat sokongan Jerman untuk mengembangkan cita-citanya jika diserang Rusia.

Serbia pada tahun 1878, Bismarck dan Disraeli memberi jaminan kemerdekaan kepada Serbia [dan Bulgaria]. Serbia mula sangsi dengan pendekatan Austria terhadap mereka pada tahun 1914. Serbia Ingin memimpin komuniti Slavs di Balkan melawan Austria-Hungary. Tahun 1878-1914, satu-satunya sekutu kuat kepada Serbia ialah Rusia.

– 30 Julai 1914: Rusia memberi sokongan kenteraan kepada Serbia. Rusia ingin menjadi jaguh kepada golongan Slavs di Balkan menentang penguasaan Austria. Rusia ingin menguasai golongan minoriti dalam wilayah Austria-Hungary untuk memberi kemerdekaan kepada mereka. Rusia ingin menjalinkan hubungan dan pengaruhnya terhadap kelompok minoriti (Czechs, Slovaks,Poles, Croats) .

– 1 Ogos 1914: Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia. Jerman ingin menghalang kecenderungan Rusia mengembangkan ketenteraannya di masa hadapan. Jerman ingin memperluaskan wilayah dan pengaruh di Eropah Timur seperti Finland, Poland dan Ukraine yang diancam oleh Rusia. (Ini kerana semua kawasan ini berhampiran dengan Rusia). Jerman melaksanakan Rancangan Schlieffen, iaitu sebelum menewaskan Rusia, Jerman perlu menewaskan Perancis terlebih dahulu. Tujuan utama Jerman mencetuskan Perang Dunia pertama ialah menjadi kuasa ketuanan/hegemoni dunia.

– 3 Ogos 1914: Jerman mengisytiharkan perang terhadap Perancis untuk melaksanakan Rancangan Schlieffen. Tentera Jerman memasuki Belgium (yang mengambil pendekatan neutral). Belgium dijadikan laluan tentera Jerman untuk menuju Paris. Jerman musuh tradisi Perancis khususnya sejak tahun 1870.

Perancis Ingin membalas dendam terhadap Jerman. Perancis ingin mendapatkan kembali Alsace dan Lorraine yang dikuasai Jerman tahun 1870. Perancis anggap pengaruh Jerman di Constantinople sebagai ancaman rakyat Perancis di Syria. Kecenderungan persahabatan Raja Edward VII dengan Perancis selepas kematian Ratu Victoria tahun 1901, menyebabkan Perancis dan British menjadi sekutu menentang Jerman dalam Perang Dunia Pertama.

– 4 Ogos 1914: British mengisytiharkan perang terhadap Jerman. – British bimbang ekoran mengesyaki perkembangan kuasa ketenteraan laut oleh Jerman. Ini diperkukuhkan dengan pembukaan Kiel Canal yang membolehkan kapal-kapal Jerman berlabuh dengan mudah dari Laut Baltik ke Laut Utara. British mencipta Dreadnought diikuti dengan negara Eropah lain. British bimbang penaklukan Jerman ekoran dariapda pendedahan novelis dan akhbar-akhbar. Selepas kematian Ratu Victoria 1901, menyebabkan istana England hilang simpati kepada Jerman.

– 6 Ogos 1914: Austria-Hungary mengisytiharkan perang terhadap Rusia. Itali kekal neutral meskipun pada peringkat awal cenderung bersekutu dengan Jerman dan Austia-Hungary.

-11 November 1914: Turki Uthmaniyah mengisytiharkan perang terhadap Triple Entente. Turki menyertai perang kerana pengaruh persahabatannya dengan Jerman. Turki menjalinkan kerjasama dengan Jerman dari aspek ketenteteraan sejak zaman Sultan Mahmud II. Hubungan baik Turki dengan Jerman diperkukuhkan antara Kisar William II dengan Sultan Abdul Hamid II. Jerman ancaman ringan kepada Turki. Jerman tidak memiliki niat untuk merampas wilayah Turki dari Constantinople hingga Sungai Euphrates.

Martin Gilbert. 1994. The Routledge Atlas of the First World War. London: Routledge
J. Nelson Fraser. 1917. The World at War. Oxford: Humphrey Milford Oxford University Press.
John J. Mearsheimer. 2001. The Tragedy of Great Power Politics. New York: W.W Norton & Company.
Stephen J. Lee. 1982. Aspect of European History, 1789-1980. London & New York: Routledge.


Kongsikan Bersama