*Oleh: Ezafel Hakimi:)
Perjuangan gerakan nasionalisme di India yang dipelopori oleh tokoh seperti Mahatma Gandhi memiliki niilai-nilai kemanusiaan tersendiri dalam usaha mendapatkan kemerdekaan dari British. Antara alternatif yang disarankan oleh Gandhi adalah menyeru agar masyarakat tempatan India kembali kepada kehidupan secara bersederhana. Ia dibuktikan menerusi seruan Gandhi supaya masyarakat tempatan menggunakan barangan buatan India seperti kapas dan memasuki sekolah-sekolah India. Idea beliau ini dikenali sebagai Swadeshi dan mendapat sokongan anggota-anggota Kongres Kebangsaan India atau Indian National Congress (INC) termasuklah Jawaharlal Nehru. Tindakan yang dilakukan oleh Mahatma Gandhi dan INC tidak disenangi oleh British menyebabkan ribuan penduduk tempatan ditangkap dan dipenjarakan. Seiring dengan keadaan tersebut, timbulnya persengketaan komunal di antara masyarakat Islam dan Hindu.
Azharudin Mohamed Dali. 2015. Tamadun India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Burton Stein. 1998. History of India. Oxford: Blackwell.
M. Rajantheran & Md. Afandi Hj. Awang. 2017. Nasionalis atau Komunalis: Sir Syed Ahmad Khan dan Mahatma Gandhi dalam Sejarah Moden India. Jurnal Jati. Bil. 9 Disember. Universiti Malaya.
Sir Penderel Moon. 1968. Gandhi and Modern India. London: The English Universities Press.