*Oleh: Jacqueline Salomi:)
Secara umumnya sejarah merupakan pengkajian terhadap sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada masa lalu. Penulisan sejarah mempunyai istilahnya sendiri iaitu pensejarahan dalam bahasa Melayu dan Historiografi dalam bahasa Inggeris. Pensejarahan atau historiografi merujuk kepada penulisan sejarah tentang peristiwa yang telah berlaku yang mana prosesnya itu melibatkan kejadian, sumber dan gambaran yang dilakukan oleh sejarawan bagi menghasilkan karya sejarah untuk makluman dan rujukan kepada masyarakat umum.
Keadaan ini mendorong sebahagian sejarawan Barat seperti J.C Bottoms, R.O Winstedt dan Wilkinson cuba menolak karya pensejarahan Melayu sebagai karya yang mempunyai unsur sejarah. Bagi sejarawan Barat, penulisan bercorak sejarah moden yang mengandungi fakta-fakta sejarah haruslah daripada sumber yang terpilih, tafsiran yang tepat dan saintifik, bersifat humanistik dan rasional. Ketegasan terhadap disiplin ini memperkuatkan hujah golongan sejarawan Barat bahawa karya-karya pensejarahan tradisional Melayu tidak memenuhi tuntutan kaedah pensejarahan yang sebenarnya berikutan karya-karya tradisional ini banyak mengandungi unsur-unsur mitos, pentarikhan yang kabur, unsur tokok tambah dan bersifat berat sebelah atau bias.
Arba’iyah Mohd Noor. 2006. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lois Gottschalk. 1969. Understanding History: A Primer of Historical Method, Edisi kedua. New York: Alfred A.Knop.
Muhd Yusof Ibrahim. 1994. Pensejarahan Melayu 1800-1960. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.