Konsep Kerajaan

Kongsikan Bersama

*Oleh: Birru Aidan:)

Istilah kerajaan pada asasnya memiliki konotasi atau pendefinisan tersendiri. Ia berbeza dengan konsep state dan government yang digunakan oleh pihak Barat bagi mengaitkannya sebagai kerajaan ekoran kekeliruan pihak Barat dalam memahami politik Melayu pada abad ke-16 sehingga abad ke-19.

Photo via: alslanguage.com
Menurut Farish A. Noor istilah kerajaan berasal daripada bahasa Sanskrit bagi merujuk kepada satu keadaan “menjalani kehidupan di bawah pemerintahan atau perlindungan seorang raja. Pandangan sama turut dikongsi oleh sarjana seperti Milner yang menyatakan bahawa istilah kerajaan merujuk kepada satu “keadaan yang mempunyai atau memiliki raja”. Khoo Kay Kim pula menyatakan di mana sahaja raja itu berada, raja tersebut membawa kerajaannya bersama. Contohnya, apabila sesorang raja berada di laut, raja lebih berkuasa berbanding laksamana. Keadaan ini berbeza di Barat apabila admiral memiliki kuasa penuh di laut, meskipun dengan kehadiran raja mereka. Justeru, beliau menyatakan terjemahan paling hampir kepada istilah kerajaan [yang seharusnya digunakan oleh Barat] ialah Kingdom.
Photo via: azlanrumadi.blogspot.com

Orang Melayu zaman tradisional mempercayai bahawa mereka hidup di bawah kerajaan yang mempunyai raja. Orang Melayu tidak menganggap kehidupan mereka abd ke 19 adalah di bawah state atau government ekoran orang Melayu merujuk pentadbiran British pada tempoh tersebut sebagai kompeni atau goberman.

Jelasnya, perkataan kerajaan merupakan rangkuman kepada seluruh pengalaman dalam politik Melayu tradisional. Dalam erti kata lain, tanpa raja, tiada kerajaan yang menjadi elemen penting dalam politik Melayu.


Farish A. Noor. 2009. What Your Teacher Didn’t Tell You. Vol 1. Petaling Jaya: Matahari Books.

Khoo Kay Kim. 1999. “Kerajaan” dan “Negeri”: Ke Arah Depersonalization Institusi “Raja”. Dlm. Wan Hashim Wan The & Daniel Perret. Di Sekitar Konsep Negeri. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia bersama Ecole Francaise d’Estreme-Orient, Institut Alam dan Tamadun Melayu dengan Kerjasama Kedutaan Besar Perancis di Malaysia. hlm 69-74.

Milner, A. 2016. (ed). Kerajaan: Budaya Politik Melayu di Ambang Pemerintahan Kolonial. (Terj. Ruhan Shahrir et. al) Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre.


Kongsikan Bersama