*Oleh: Birru Aidan:)
Peperangan sering berlaku dalam sejarah peradaban manusia. Peperangan yang dilancarkan seringkali berkait rapat dengan tujuan memelihara kepentingan politik, ekonomi dan sosial kuasa terbabit. Meskipun Perang Salib yang berlaku pada awal abad ke 11 iaitu tahun 1095 dikaitkan dengan sentimen agama antara masyarakat Eropah dengan masyarakat Muslim, ia memberi pengajaran kepada keseluruhan masyarakat. Pengajaran yang dimaksudkan adalah kedua-dua pihak sama ada tentera Islam dan Eropah memiliki usaha ke arah perdamaian menerusi rundingan yang dijalankan antara pemimpin mereka.
Keadaan ini berbeza dengan Eropah. Semasa Perang Salib Pertama, iaitu ketika tentera Eropah yang dipelopori Perancis menawan Baitul Muqaddis tahun 1099, lebih kurang 60000 penduduk Muslim dan Yahudi dari kanak-kanak hingga golongan dewasa dibunuh. Keadaan sama diakukan oleh Raja England iaitu Richard The Lion Heart semasa Perang Salib Ketiga. Beliau tidak mengotakan janjinya untuk memelihara keselamatan masyarakat Muslim apabila beliau bertindak membunuh keseluruhan masyarakat Muslim di Acre ketika menuju Baitul Muqaddis. Justeru, prinsip toleransi dalam etika perang yang diterapkan tentera Islam membuktikan bahawa, Islam menganjurkan saranan manusia perlu mengelakkan diri dari peperangan. Sekiranya peperangan terpaksa dilaksanakan ekoran mempertahankan kedaulatan serta maruah negara, etika mulia perlu dititikberatkan. Hal tersebut demi menunjukkan kedamaian manusia (melalui etika mulia) adalah lebih utama berbanding peperangan tersebut.
Graham. E. Fuller. 2010. A World Without Islam. New York: Back Bay Books.
Abdul Hasan Ali Nadwi. 1971. Saviours of Islamic Spirit (Vol. 1). Lucknow: Islamic Research and Publications.