Penglibatan Masyarakat Bukan India dalam Tarian Klasik Odissi

Kongsikan Bersama

Oleh:) Dhaanyaa Murugesan

Odissi ialah satu tarian klasik yang berasal daripada kuil-kuil kuno di negeri Orrissa di Timur India. Tema tarian ini lazimnya berunsur keagamaan dan berasaskan alam semula jadi. Kebiasaannya terdapat penyanyi yang disertai dengan penggunaan alat muzik klasik India seperti sitar’, ‘flutdandolak. Penari tarian Odissi memakai pakaian yang dijahit dari Rudrakayah, rambut penari selalunya diikat rapi kebelakang dengan meletakkan bunga, aksesori lengkap dan bersolek. Penglibatan masyarakat bukan India di Malaysia dalam tarian klasik Odissi di Kuala Lumpur dari tahun 1980 hingga 2000 memperlihatkan tarian Odissi diterima sebagai satu kebudayaan merentasi etnik atau cross fertilization culture. Ia ekoran penari Odissi dalam kalangan masyarakat bukan India menjadikan tarian ini lebih dikenali di Malaysia. 

Photo by: Facebook Ramli Ibrahim@ramli.ibrahim.sutrafoundation

Masyarakat Melayu yang paling menonjol dalam tarian klasik India ialah Datuk Ramli Ibrahim. Beliau dianggap sebagai bapa tarian Odissi di Malaysia. Beliau dianggap sebagai salah seorang yang membawa tarian Odissi ini ke Malaysia. Datuk Ramli Ibrahim ialah salah seorang murid Deva Prasad Dass. Deva Prasad Dass telah menghidupkan semula tarian Odissi. Hal ini kerana tarian tersebut dikatakan mula dilupakan masyarakat di India sejak abad ke-19. Justeru, Ramli Ibrahim secara langsung mempelajari Odissi dari Deva Prasad Dass. Selepas mempelajari tarian Odissi dari Deva Prasad Dass, Datuk Ramli Ibrahim kembali ke Malaysia dan mula mengajar serta menyebarkan tarian tersebut. Beliau menjadi pelatih tarian klasik India terkenal di Malaysia dan telah melatih ramai penari Odissi di Temple of Fine Arts, Kuala Lumpur. Datuk Ramli Ibrahim juga telah membuka satu pusat tarian tersendiri iaitu ‘Sutra Dance Theater’ pada tahun 1983 dan terus melatih ramai penari lagi. Kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh Datuk Ramli Ibrahim mengembangkan Tarian Odissi di Kuala Lumpur menggambarkan penerimaan wakil masyarakat Melayu untuk menghormati dan mengiktiraf kebudayaan masyarakat India di Malaysia.

Photo by: www.thedailystar.net

Selain itu, terdapat juga masyarakat Cina yang terlibat dalam tarian klasik Odissi ini. Penari tarian klasik Odissi dalam kalangan masyarakat Cina ialah January Low. Beliau juga mempelajari tarian Odissi daripada Datuk Ramli Ibrahim pada tahun 1992. Pendedahan January Low dalam bidang tarian bermula sejak beliau berumur lima tahun yang dimulakan dengan tarian ballet. Semasa usianya lapan tahun ayahnya telah memperkenalkan tarian Odissi kepadanya. January low dibawa ke ‘Sutra Dance Theater’ oleh ayahnya untuk mempelajari tarian Odissi dari Datuk Ramli Ibrahim. Pada tahun 1992 bapa January Low mengalakkan beliau untuk mempelajari tarian Odissi kerana menurut perspektif bapanya, tarian Odissi memiliki banyak unsur feminisme yang perlu dikuasai oleh seseorang penari. January Low juga mendapat penghargaan berikutan penglibatannya dalam Odissi iaitu sebagai penari terbaik menerusi ‘Award for Best Solo Dance Perfomer’ pada tahun 2003. Pada bulan Mei 2009 beliau telah mengurangkan penglibatannya dalam ‘Sutra Dance Teater’ untuk meneruskan penyebaran tarian Odissi ini. January Low juga telah mengambil bahagian dalam sebuah program tarian berprestij iaitu Festival Tarian Antarabangsa yang berlangsung di Korea Selatan pada tahun 2009. Setelah itu beliau menjadi sangat terkenal di Malaysia dan luar negara. Penglibatan Ramli Ibrahim dan January Law dalam tarian Odissi menunjukkan bahawa tarian Odissi ini sangat dihormati antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

January low, Performer from Sutra Foundation, an Interwiew at BFM  89.9, 2014. http://www.bfm.my/careers-unusual-january-low-odissi-dancer

 www.sutrafoundation.org.my


Kongsikan Bersama