*Oleh: Birru Aidan:)
Tahun 1798-1801 merupakan tempoh pendudukan Perancis di Mesir di bawah pimpinan Napoleon Bonaparte. Kejayaan Bonaparte tersebut didorong oleh semangat inkuiri merangkumi persiapan pengetahuan yang diperolehinya sebelum menguasai Mesir. Tokoh penguasa Eropah seperti Alexander the Great yang pernah menduduki Mesir dikagumi beliau, secara tidak langsung menjadi pemangkin kepadanya menguasai Mesir. Bonaparte mempersiapkan pengetahuannya sebelum menguasai Mesir dengan merujuk karya seorang pengembara Perancis, Comte de Volney iaitu Voyage en Egypt et en Syrie (1787) dan Considerations sur la guerre actuel de Turcs (1788). Karya Volney dijadikan asas Bonaparte untuk menduduki Mesir yang mendedahkan cabaran yang perlu dihadapi beliau dengan pihak England, Turki Uthmaniyah serta masyarakat Muslim Mesir itu sendiri.
Pengisytiharan Bonaparte yang lain turut memperlihatkan kecenderungannya menarik perhatian penduduk Mesir bahawa beliau berjuang untuk Muslim. Perasaan tidak puas penduduk Mesir terhadap penindasan pemimpin Mamluk sebelum ini merupakan kesempatan atau peluang kepada Bonaparte meraih sokongan penduduk Mesir dalam pengisytiharan kependudukan beliau. Bonaparte menegaskan bahawa pengabdian beliau terhadap tuhan melebihi daripada apa yang diamalkan pemimpin Mamluk. Malah, beliau turut merayu kepada masyarakat Mesir bahawa kedatangan Perancis ke Mesir adalah demi membawa perubahan kepada penduduknya serta ikhlas terhadap Islam. Jaminan yang disampaikan Bonaparte kepada penduduk Mesir umumnya, serta tawaran kedudukan penting kepada ulama atau sarjana Mesir khususnya, secara tidak langsung “mengawal psikologi” penduduk Mesir untuk mengurangkan perasaan kurang senang terhadap penguasaan Perancis itu sendiri.
Albert Hourani. 1983. Arabic Thought in The Liberal Age, 1798-1939. Cambridge: Cambridge University Press.
Edward W. Said. 1978. Orientalism. London: Penguin Books.