**Oleh: Birru Aidan**
– Pembunuhan Franz Ferdinand 28 Jun 1914 oleh seorang rakyat Serbia di Sarajevo hanyalah sebagai krisis sampingan yang menjadi “lesen kemuncak” kepada tercetusnya Perang Dunia Pertama. Namun kebanyakan sarjana bersetuju bahawa Jerman meruapakan pencetus kepada Perang Dunia Pertama. Persoalannya bagaimanakah Jerman boleh menjadi pencetus kepada Perang Dunia Pertama.
– Faktor pertama menyebabkan mencetuskan Perang Dunia Pertama ialah perkembangan Revolusi Perindustrian dan kekayaan material yang dimiliki Jerman sendiri. Selepas Jerman berjaya mengalahkan Perancis tahun 1870 untuk menyatukan negaranya, masyarakat Jerman berubah kepada gaya hidup moden sebagai masyarakat industri. Pada tahun 1870 hingga 1880-an, Canselor Jerman iaitu Bismarck menjalinkan hubungan erat dengan dengan Britain. Hubungan tersebut berkait rapat dengan kepentingan perdagangan dan hubungan Kaisar Jerman (Kaisar William I) dengan ibu saudaranya di England iaitu Ratu Victoria. Kejayaan Jerman menjadi sebuah kuasa besar Eropah yang kaya pada tahun 1913 menurut Mearsheimer adalah hasil daripada kepesatan perindustriannya pada akhir abad ke-19. Contohnya, pada tahun 1860, jumlah pengeluaran besi dan keluli Jerman hanya 400 ribu tan berbanding musuh tradisinya Perancis iaitu sebanyak 900 ribu tan. Namun, sejak tahun 1870 sehingga 1913, Jerman berhasil mengatasi pengeluaran Perancis dalam bidang besi dan keluli. Buktinya, pada tahun 1913 Jerman berjaya mengeluarkan sebanyak 17, 600 000 (17.6 juta) tan besi dan keluli berbanding Perancis pada tahun sama sebanyak 4 687 000 (4.6 juta) tan. Pengeluaran besi dan keluli Jerman pada tahun 1913 jelas meningkat secara mendadak sebanyak 4 kali ganda berbanding Perancis. Malah pada tahun 1913, Jerman menduduki tempat pertama dari segi saham kekayaan di Eropah iaitu sebanyak 40 peratus, mengatasi Britain 28 peratus, dan Perancis 12 peratus. Selain itu Industri Anak Patung di Jerman sehingga tahun 1914 misalnya menjadi penting kepada Eropah. Pembinaan landasan kereta api Berlin-Baghdad sehingga tahun 1914 (manfaat perdagangan dan memperkuat pengaruh politik Jerman di Turki dan Iran) dilihat British sebagai asas awal kecenderungan Jerman ke arah pengembangan kuasa.
– Pengaruh autokrasi dan kencenderungan imperialimse turut menjadi punca Jerman mencetuksan Perang Dunia Pertama. Kecenderungan imperialisme jelas menerusi dasar Kaisar William II. Beliau bertindak memecat Bismarck sebagai Canselor pada 20 Mac 1890 ekoran tidak cenderung dengan dasar kekangan kuasa/atau diplomasi anjuran Bismarck dengan kuasa Barat lain. Menurut Mearsheimer , Jerman pimpinan Kaisar William II (tahun 1888-1918) muncul sebagai kuasa ketuanan yang berpotensi di Eropah. Penamatan polisi Bismarck menurut Kaisar William, membolehkan Jerman memainkan peranan lebih kuat sebagai kuasa dunia berbanding kuasa kebenuaan. Meskipun pemimpin Jerman era William II memiliki visi yang berani, namun mereka memiliki kelemahan dari aspek pengawalan politik secara hikmah. Kaisar William II menurut Lee misalnya merupakan raja yang kurang berdisiplin. William II memberi tumpuan berhubung soal ketenteraan menerusi kepimpinan komander-komander tentera lautnya berbanding isu dalam negeri sendiri. Keadaan diburukkan lagi apabila Reichstag (institusi parlimen) kurang membahaskan tentang masalah domestik di Jerman. Jelas bahawa polisi Jerman pimpinan William II selepas 1890-an adalah menggalakkan pengaruh aristokrasi dan parti konservatif untuk meraih perhatian masyarakat bahawa imperialisme alah penting kepada keperluan politik Jerman. Ini menyebabkan Jerman pimpinan Kaisar William II berhasil menonjolkan diirnya sebagai sebuah “kuasa ketuanan” yang berpotensi di Eropah sebagaimana diturakan oleh Mearsheimer. Malah Jerman menurut Lee, tidak lagi menganggap negaranya sebagai sebuah kuasa yang mencapai kepuasan atau “kekenyangan” sebagaimana pada tahun 1870-1889. Ia ekoran golongan kelas pertengahan dan kumpulan ekonomi di Jerman lebih cenderung kepada manfaat ekonomi yang ditawarkan Jerman menerusi visi pengembangan imperialisme. Antaranya mereka mendesak agar pemerintah Jerman lebih bergiat aktif di luar negara bagi mendapatkan saluran bahan mentah untuk pasaran barang kilangnya. Perkembangan ini jelas menunjukkan bahawa meskipun kekayaan telah dicapai Jerman sebagai kuasa paling kaya menerusi pemilikan sahamnya di Eropah pada tahun 1913, ia tidak mencukupi bagi Jerman ekoran tumpuan utamanya adalah mencapai “kuasa ketuanan” dunia dengan mencetuskan Perang Dunia Pertama. Jerman menurut Fraser misalnya cenderung untuk memiliki wilayah di Eropah Timur seperti Finland, Poland dan Ukraine meskipun menyedari ancaman dari Rusia. Visi “kuasa ketuanan” Jerman turut diperkukuhkan menerusi peranan yang dimainkan oleh golongan intelektual. Nietzsche (1844-1900) ahli falsafah terkenal Jerman mengemukakan idea bahawa manusia yang terbaik ialah seorang yang memiliki kebanggaan, tegas, kuat dan berupaya untuk “mengambil apa sahaja daripada orang lain”. Justeru, masyarakat Jerman memiliki tanggapan bahawa falsafah Nietzsche sesuai dengan jati diri mereka terutama apabila mereka telah mencapai kejayaan dari aspek sains dan perdagangan, seterunsya meyakinkan Jerman untuk mencetuskan Perang Dunia Pertama.
Martin Gilbert. 1994. The Routledge Atlas of the First World War. London: Routledge
J. Nelson Fraser. 1917. The World at War. Oxford: Humphrey Milford Oxford University Press.
John J. Mearsheimer. 2001. The Tragedy of Great Power Politics. New York: W.W Norton & Company.
Stephen J. Lee. 1982. Aspect of European History, 1789-1980. London & New York: Routledge.