Punca Kemunculan dan Perebutan Wilayah Warlords

  • Post category:Politik
Kongsikan Bersama

*Oleh: Birru Aidan:)

Artikel sebelum ini berkongsikan tentang latar belakang kepada perkembangan China sekitar 1916-1928 iaitu zaman warlord. Bahagian ini pula akan menfokuskan sebab kemunculan warlord sehingga mencetuskan perebutan wilayah dalam kalangan mereka.

Photo by: fixquotes.com (ed)
Punca pertama yang mencetuskan perebutan wilayah oleh warlord ialah kelemahan pentadbiran republik China itu sendiri. Republik dilihat gagal ditadbir dengan baik oleh masyarakat China selepas kejayaan Revolusi 1911. Hal ini berikutan Yuan Shih Kai, presiden sementara republik telah memerintah secara autokratik dan mencetuskan perasaan tidak puas hati sebahagian pegawai-pegawai atau jeneral tentera. Malah Yuan Shih Kai tidak mengambil pendekatan melantik pengganti yang jelas untuk mentadbir China. Ia berikutan Presiden Republik berikutnya iaitu Li Yuan Hung dianggap lemah dalam menguruskan pentadbiran China. Ini seterusnya membolehkan golongan warlord bangkit untuk meluaskan pengaruh puak masing-masing.
Photo by: dragon'sarmory@facebook.com (ed)
Selain itu kemunculan atau perebutan warlord juga tercetus seiring dengan matlamat warlord untuk menguasai Peking (Beijing). Puak Anhwei merupakan antara puak paling agresif ke arah usaha tersebut. Ia berikutan puak Anhwei memiliki pengaruh dominan di China sepanjang 1916-1928. Keadaan ini mencetuskan perasaan tidak puas hati dua puak lain yang turut memiliki hasat memiliki Peking iaitu Fengtian dan Chihli.
Photo by: baike.com

Di samping itu, perebutan wilayah oleh warlord tercetus lantaran kecenderungan warlord meraih sokongan daripada pihak Barat. Warlord seperti Wu Pei Fu misalnya merupakan perancang strategi perang yang terbaik sehingga diiktiraf oleh kuasa Barat. Pengiktirafan Barat tersebut bertujuan memelihara kepentingan perdagangan mereka. Ini kerana Wu Pei Fu dilihat memiliki potensi melindungi Lembah Yantze sebagai kawasan kegiatan perdagangan kuasa Barat.

Sumbangsih Nota Kuliah Al-marhum Dr. Azhar Mad Aros (Pensyarah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya). 2014.


Kongsikan Bersama