Sorotan Kajian Lepas/ Literature Review (LR)

  • Post category:Pendidikan
Kongsikan Bersama

*Oleh: Hasanah Taib:)

Sorotan kajian lepas atau literature review (LR) penting dalam sesuatu kajian sejarah. Tujuan LR adalah untuk meninjau sejauhmana bidang kajian kita telah ditulis oleh pengkaji lain. LR merupakan maklumat yang dapat memberi gambaran kepada latar belakang kajian kita. Malah LR berperanan dalam memberi maklumat perkembangan yang berlaku dalam kajian kita. Pengkaji atgau penuntut sejarah seringkali didedahkan oleh penyelia atau pembimbing kajiannya bahawa LR penting untuk mengenal pasti kelompangan kajian penulis lain. Dalam erti kata lain LR membantu kita sebagai pengkaji sejarah meninjau aspek yang belum ditulis oleh penulis lain. Ia penting demi membezakan penulisan kita dengan pengkaji lain bagi memaparkan originality sama ada sebagai kajian baharu atau penambahan analisis kepada kajian sedia ada.

Manfaat lain yang boleh diterima daripada LR ialah ia merupakan saluran kepada kita sebagai pengkaji untuk mencapai atau memperoleh sumber pertama/primer (sama ada menggunakan sumber pertama penulis lain dengan pendekatan berbeza atau mengenalpasti cara memperoleh sumber primer baharu yang belum ditemui oleh pengkaji lain sebelum ini). Sehubungan itu, buku-buku yang dijadikan sebagai LR membolehkan kita sebagai pengkaji untuk menilai sesduatu dokumen atau membina topik baharu dalam kajian sejarah.

LR yang baik perlu mengandungi andaian (assumption) atau gambaran analisis yang baik, konsisten di dalam analisis, memperkukuh hujah berdasarkan kritikan atau penilain yang dibuat terhadap karya penulis lain. Bagi mendapatkan hujah terbaik, kita perlu menimbulkan pertanyaan “SO WHAT??” setiap kali membaca kajian penulis lain. Antara perkara asas (gambaran) yang perlu ada dalam LR ialah:

1) Mesti buku/penulisan ilmiah (artikel atau jurnal)

2)  Pengenalan: Kata-kata aluan. Kemudian baru menyentuh tentang rujukan LR.

     Isi                  : Buku 1- menjelaskan tentang…….

                            Buku 2- menggambarkan tentang sejarah……..

     Kesimpulan: Penyelidika 1 menyatakan….penyelidi 2 menyatakan…Justeru….


Kongsikan Bersama