*Oleh: Jacqueline Salomi:)
Tamadun Yunani merupakan tamadun yang muncul di benua Eropah iaitu sekitar abad ke-1000 sehingga 800SM dan diasaskan oleh Tamadun Aegean. Kewujudan tamadun Yunani berbeza dengan tamadun-tamadun lain seperti Mesir, Mesopotamia dan India kerana tamadun Yunani wujud di kawasan kepulauan yang bergunung-ganang. Kedudukan strategik kepulauan Crete yang terletak antara benua Eropah dengan Asia Kecil membolehkan masyarakat Yunani berinteraksi dengan tamadun lain seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir.
Kawasan pergunungan yang dimiliki tamadun Yunani menjadi kubu pertahanan kuat untuk menghalang serangan musuh. Masyarakat Yunani memiliki mahir dalam aktiviti yang berkaitan dengan sungai atau laut. Kelebihan ini menjadikan membolehkan masyarakatnya menjalankan kegiatan perdagangan, pengembaraan, atau menjalin hubungan luar dengan tamadun lain. Selain itu, tamadun Yunani sinonim dengan kemunculan negara kota yang dikenali sebagai ‘Polis’.
Kemunculan ‘Polis’ pada zaman Yunani dibahagikan kepada 3 tahap utama. Tahap pertama adalah antara 800 SM sehingga 600 SM. Pada peringkat ini, unit-unit keluarga yang kecil akan membentuk sebuah kumpulan komuniti di bawah sebuah Polis. Namun demikian, Polis yang kecil akan digabungkan dan membentuk sebuah Polis yang besar. Jika terdapat sesebuah Polis mengalami kekalahan yang teruk dalam peperangan, ini akan membawa kepada gabungan yang lebih besar. Pada peringkat kedua, iaitu antara tahun 600 SM sehingga 400 SM, semua Polis menunjukan tahap kematangan tersediri dalam aspek ekonomi, politik dan juga sosial. Pada peringkat ketiga iaitu pada tahun 400 SM, ia memaparkan tempoh kemerosotan Polis dan membawa kepada penaklukan sebahagian wilayah Yunani oleh Raja Plilip dari Macedonia.
Antara negara kota atau Polis yang terkenal adalah Athens, Sparta, Corinth dan Olympia. Tamadun Yunani telah mengamalkan sebuah sistem pentadbiran yang sistematik dengan menyusun segala proses perjalanan politiknya dengan begitu baik.
Hardy and Hellenism. 2013. The Greeks. London: Cambridge University Press.
Sivachandralingam Sundara Raja. 2002. Sejarah Eropah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.