*Oleh: Jariah Sukimin:)
Perjanjian Renville Januari 1948 memutuskan bahawa Indonesia dan Belanda bersetuju mengadakan gencatan senjata. Ia lanjutan Revolusi Kemerdekaan yang dilancarkan oleh masyarakat tempatan Indonesia terhadap Belanda yang tidak menerima keputusan pengiytiharan kemerdekaan Indonesia oleh Soekarno tahun 1945. Perjanjian tersebut menyebabkan Britian akur mengenakan embargo atau sekatan menyerahkan senjata mereka untuk membantu Belanda. Duta Britain seperti Gordon Whitteridge menyokong untuk mengekalkan pengharaman tersebut yang menaikkan kemarahan Belanda. Britain menghadapi waktu yang sukar ketika itu kerana tidak ingin merenggangkan hubungan dengan Belanda, pada masa sama tidak ingin menjadi “watak jahat” yang membantu Belanda meranapkan usaha nasionalisme di Indonesia.
Belanda tidak dapat menerima hakikat bahawa pemerintahan mereka semakin dikecam oleh masyarakat Indonesia dan kuasa-kuasa besar. Hal ini kerana Belanda tidak berjaya menyatukan wilayah Indonesia di bawah satu entiti politik sebagaimana dilakukan Britian di Asia Tenggara.
Marc Frey, Ronald W. Pruessen & Tan Tai Yong. 2004. The Transformation of Southeast Asia: International Perspectives on Decolonization. Singapore: Singapore University Press.
Nicholas Tarling. 1998. Britain, Southeast Asia and the Onset of the Cold War, 1945-1950. Cambridge: Cambridge University Press.