*Oleh: Ezafel Hakimi:)
Dalam ilmu politik, reaksioner boleh didefinisikan sebagai individu yang memiliki pandangan politik mendukung pengembalian status quo ante. Status quo ante merupakan pemikiran dan keadaan masyarakat sebelum berlakunya revolusi dan peperangan. Ia sering dianggap sebagai satu aliran dan pemikiran yang kolot. Aliran reaksioner sinonim sebagai satu aliran atau fahaman bersifat menentang pembaharuan dan kemajuan dalam sesuatu perkara yang berlawanan dengan tindakan revolusi.
Oleh itu, ahli falsafah Perancis berkerjasama untuk memulihkan dan membaik pulih semula gereja Katolik untuk menghentikan pertelingkahan antara sayap kanan dan sayap kiri. Bonald juga telah menerbitkan satu teks kontroversi berteraskan anti-semitik pada zaman Revolusi Perancis iaitu Sur les Juifs. Dalam teks tersebut beliau mengutuk secara lantang ahli falsafah yang membenarkan pembebasan penduduk Yahudi semasa Revolusi. Bonald mempertikaikan kewarganegaraan yang diperoleh penduduk Yahudi di Perancis ekoran berpendirian keadaan tersebut mengguguat status yang dimiliki masyarakat tradsional atau warga sedia ada di Perancis. Maka, jelaslah bahawa Bonald merupakan seorang tokoh falsafah yang mempertahankan aliran reaksioner.
H Rene Albrecht Carrie. 1962. Europe Since 1815. New York: Harper and Row Publishers.
Jonathan Richard Hill. 2005. The Revolutions of 1848 in Germany, Italy, and France. Ypsilanti: Eastern Michigan University.