*Oleh: Mohd Fauzan Ramli:)
Rukun Negara dilancarkan sebagai satu dasar pembentukan imej warganegara Malaysia pada tahun 1970. Ia dilancarkan agak lewat iaitu 13 tahun selepas Malaysia merdeka tahun 1957. Di Indonesia Rukun Negara (dikenali Pancasila) atau asas pembentukan imej negara mereka muncul lebih awal iaitu Jun 1945 sebelum pengisytiharan kemerdekaan Indonsesia oleh Soekarno pada Ogos 1945. Rukun Negara Malaysia dibentuk pada tahun 1970 untuk menyatupadukan masyarakat. Ini kerana sebelum tempoh tersebut timbul masalah persefahaman dalam kalangan masyarakat tempatan sehingga tercetusnya rusuhan kaum pada Mei 1969 yang berpunca daripada golongan politik.
Justeru, 5 prinsip dalam Rukun Negara di Malaysia perlu sentiasa dilazimi ungkapan serta dihayati semangatnya. Ini kerana penubuhan ideologi tersebut adalah gambaran kerahan keringat idea sarjana dan negarawan tempatan era 1970 demi keharmonian, kebersamaan, dan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga Malaysia meskipun berbeza agama dan etnik.
Abdul Rahman Abdul Aziz. 2010. Rukun Negara dalam Memperkukuhkan Ketahanan Negara. In: Proceedings Seminar on Nasional Resilience (SNAR 2010) “Political Managements and Policies in Malaysia”. 13-15 July 2010. Bayview Hotel Langkawi. Institute of Tun Dr. Mahathir Mohamad’s Thoughts. Sintok: Universiti Utara Malaysia. 443-457.
Rapid Kl. “Professor Khoo Kay Kim Bercerita Tentang Rukunegara di Stesen Merdeka”. Facebook. 17 Jun 2017. https://m.facebook.com/myrapid/posts/1620803614610196 (Diakses pada 14 Jun 2020).
Azril Annuar. Bold, Honest and Maybe Controvesial: Khoo Kay Kim’s Famous Views and Historical Contributions. MalayMail. 1 Jun 2019. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/06/01/bold-honest-and-maybe-controversial-khoo-kay-kims-famous-views-and-historic/1758322 (Diakses pada 14 Jun 2020).
“Rukun Negara”. MyGovernment. https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30110?language=my (Diakses pada 14 Jun 2020).