Perjanjian Balfour; Asas Penubuhan Negara Haram Israel

  • Post category:Politik
Kongsikan Bersama

*Oleh: Birru Aidan:)

2 November 1917 merupakan peristiwa yang memberi kesan mendalam kepada penduduk Muslim di Palestin berikutan termeterainya Perjanjian Balfour. Perjanjian tersebut merupakan strategi British dalam menghadapi serta menjatuhkan Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia Pertama. Strategi tersebut dilaksanakan menerusi pakatan antara wakil British iaitu Arthur Balfour (Setiausaha Urusan Luar Negeri British) dengan wakil Zionis iaitu Dr Chaim Weizmann.

Photo via: peacepalacelibrary.nl
Asas kepada Perjanjian Balfour ialah penduduk Yahudi dibenarkan menubuhkan petempatannya di Palestin. Hal ini selaras dengan pengumuman Balfour bahawa usaha ke arah penubuhan “national home” atau petempatan tetap untuk penduduk Yahudi tersebut disokong oleh Raja England. Perjanjian ini juga manandakan kuasa Eropah secara rasminya menzahirkan sokongan terhadap gerakan Zionis bagi menjadikan Palestin sebagai petempatan tetap penduduk Yahudi.
Photo via: irishtimes.com
Antara faktor jelas British bekerjasama dengan Zionis menerusi perjanjian Balfour ialah memperkukuhkan kedudukan British selepas Perang Dunia Pertama. Ia ekoran British memerlukan dana yang besar bagi membiayai peperangan tersebut. Justeru, pegawai-pegawai luar negeri British meyakini bahawa Perjanjian Balfour dapat menarik minat golongan Yahudi berpengaruh di Amerika Syarikat dan Rusia untuk menyokong tentera bersekutu dalam Perang Dunia Pertama. Keadaan ini secara tidak langsung berkait rapat dengan faktor kedua Perjanjian Balfour dimeterai, iaitu menggalakkan pengaruh Zionis yang meluas dalam politik dunia. Contohnya pemimpin Zionis sendiri melobi kerajaan British bagi merealisasikan Perjanjian Balfour. Tambahan pula, pengaruh Zionis amat signifkan dalam pentadbiran British berikutan Lloyd George (Perdana Menteri Britain, 1916-1912) merupakan Kristian Zionis. Ringkasnya, Perjanjian Balfour memihak kepada penduduk Yahudi berdasarkan peranan jelas yang dimainkan oleh pemimpin Zionis. Kependudukan masyarakat Yahudi di Palestin pada tahun 1917 seterusnya merancakkan keinginan mereka menubuhkan negara yang tidak menerima pengiktirafan global iaitu Israel pada tahun 1948.


Zachary Lockman. 2001. Balfour Declaration. Dlm. The Oxford Companion to Politics of the World, 2nd Edition. Margaret E. Crahan et al. New York: Oxford University Press. hlm 64.

Spencer C. Tucker (ed). 2006. World War 1: A Student Encyclopedia. Californea: ABC-CLIO


Kongsikan Bersama