Masalah Kepimpinan: Punca China Kalah Terhadap Jepun

  • Post category:Politik
Kongsikan Bersama

*Oleh: Jacqueline Salomi:)

Kepimpinan yang baik akan membawa kepada kesejahteraan sesebuah negara. Masalah kepimpinan merupakan antara punca kekalahan China dalam Perang China-Jepun tahun 1894-1895. Masalah kepimpinan amat ketara dalam politik China akhir abad ke-19. Ini disebabkan oleh pemimpin-pemimpin China yang terlampau mementingkan kepentingaan diri sendiri. Mereka tidak bersatu dalam banyak perkara terutamanya dalam bidang ketenteraan. Masalah yang paling jelas dalam kepimpinan China adalah mereka sanggup menjatuhkan antara satu sama lain. Selain itu, amalan rasuah dan salah guna wang atau dana yang disalurkan untuk ketenteraan turut memaparkan kepincangan kepimpinan China. Sebagai contoh, dana yang diperuntukkan untuk ketenteraan telah digunakan untuk membaiki istana Maharani Dowager iaitu Summer Palace.

Photo via: funlifecrisis.com
Kelamahan kepimpinan China turut dibuktikan menerusi ketidakupayaan pemimpin tentera mereka. Li Hung-Chang merupakan pemimpin tentera semasa Perang China-Jepun. Beliau juga merupakan pemimpin kepada angkatan tentera Peiyang dan Huai. Semasa peperangan China-Jepun, hanya tentera di bawah pemerintahan Li Hung-Chang terlibat dalam peperangan menentang tentera Jepun. Dalam erti kata lain, peperangan tersebut tidak mendapat penyertaan menyeluruh dari majoriti tentera China. Justeru, pihak Barat menyifatkan peperangan tersebut bukan perang antara China dengan Jepun, sebaliknya ia lebih menjurus kepada peperangan antara tentera Li Hung-Chang dengan seluruh tentera Jepun. Pemimpin-pemimpin lain mengambil langkah berkecuali dan tidak mahu turut serta kerana ingin menjatuhkan Li Hung-Chang.
Photo via: daydaynews.cc

Jelasnya, masalah kepimpinan merupakan salah satu sebab China kalah dalam Perang China-Jepun. Sikap pemimpin-pemimpin yang tidak bersatu dan saling menjatuhkan antara satu sama lain memburukkan lagi keadaan peperangan tersebut.


Immanuel C. Y. Hsu. 1995. The Rise of Modern China. New York: Oxford University Press.

Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.


Kongsikan Bersama